Antarabangsa
Pemain bola sepak Jerman Robert Bauer memeluk Islam
Pemain bola sepak Jerman, Robert Bauer menzahirkan keislamannya dengan berkongsi keputusan hidupnya itu melalui akaun media sosial Instagram rasminya.

- Pemain bola sepak Jerman, Robert Bauer menzahirkan keislamannya dengan berkongsi keputusan hidupnya itu melalui akaun media sosial Instagram rasminya.
- Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu turut berterima kasih kepada mereka yang membantunya dalam perjalanan menjadi seorang Muslim.
- Di Instagram, beliau berkongsi gambarnya bersolat, membaca al-Quran, petikan surah al-Fatihah serta informasi bagaimana beliau didedahkan dengan Islam.
- “Bagi mereka yang menghantar mesej (bertanya) pada hari ini. Saya memeluk Islam melalui isteri saya dan keluarganya. Ia berlaku beberapa tahun yang lepas dan saya menghargai bantuan dan sokongan yang diberi dalam perjalanan ini,” katanya di IG.
- Bauer kini bermain untuk kelab bola sepak Arab Saudi Al-Tai, setelah menyertai Liga Profesional Saudi dengan kontrak setahun bermula Mei lalu.
Pemain bola sepak Jerman, Robert Bauer menzahirkan keislamannya dengan berkongsi keputusan hidupnya itu melalui akaun media sosial Instagram rasminya.
Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu turut berterima kasih kepada mereka yang membantunya dalam perjalanan menjadi seorang Muslim.
Di Instagram (IG), beliau berkongsi gambarnya bersolat, membaca al-Quran, petikan surah al-Fatihah serta informasi bagaimana beliau didedahkan dengan Islam.
“Bagi mereka yang menghantar mesej (bertanya) pada hari ini. Saya memeluk Islam melalui isteri saya dan keluarganya. Ia berlaku beberapa tahun yang lepas dan saya menghargai bantuan dan sokongan yang diberi dalam perjalanan ini,” katanya di IG.
Bauer kini bermain untuk kelab bola sepak Arab Saudi Al-Tai, setelah menyertai Liga Profesional Saudi dengan kontrak setahun bermula Mei lalu.
Penampilan sulung pemain bola itu di Bundesliga 2 adalah pada 31 Oktober 2014 menentang Fortuna Dusseldorf, menggantikan Alfredo Morales.
Perlawanan menentang Dramstadt 98 pada 22 November 2015, menyaksikan Bauer menjaringkan gol pertamanya dalam Bundesliga.
Di Piala Dunia B-20 FIFA pada 2015, beliau mewakili Jerman dan merupakan sebahagian skuad Sukan Olimpik Musim Panas 2016, menyaksikan Jerman memenangi pingat perak.
Sumber: Siasat Daily, The Cognate
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas