Terkini
Pastikan harga makanan tidak dinaikkan selepas beli beras harga borong
Keputusan kerajaan membenarkan pengusaha membeli beras putih import pada harga borong akan mengurangkan kos perbelanjaan pengguna yang makan di luar.
- Keputusan kerajaan benar pengusaha beli beras putih import pada harga borong akan kurangkan kos perbelanjaan pengguna yang makan di luar.
- Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berpandangan, langkah itu hanya penyelesaian bersifat sementara.
- “Saya bersetuju keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini sebagai salah satu penyelesaian jangka pendek dan dapat meringankan beban pelanggan yang makan di restoran.
- “Cuma kita khuatir jika penguatkuasaan kurang, ada pengusaha jual makanan mahal padahal dia beli beras dengan harga borong sebab pelanggan pun tak tahu pengusaha itu beli pada harga tinggi atau borong.
- “Untuk itu, kerajaan perlu pastikan pengusaha restoran tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga makanan lebih tinggi kerana mereka sudah membeli beras import dengan harga borong,” katanya.
Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan membenarkan pengusaha membeli beras putih import pada harga borong akan mengurangkan kos perbelanjaan pengguna yang makan di luar.
Namun Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berpandangan, langkah itu hanya penyelesaian bersifat sementara.
“Saya bersetuju keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini sebagai salah satu penyelesaian jangka pendek dan dapat meringankan beban pelanggan yang makan di restoran.
“Cuma kita khuatir jika penguatkuasaan kurang, ada pengusaha jual makanan mahal padahal dia beli beras dengan harga borong sebab pelanggan pun tak tahu pengusaha itu beli pada harga tinggi atau borong.
“Untuk itu, kerajaan perlu pastikan pengusaha restoran tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga makanan lebih tinggi kerana mereka sudah membeli beras import dengan harga borong,” katanya kepada Harian Metro.
“Dengan melaksanakan cara ini Bernas akan perolehi keuntungan sangat minimum.
“Justeru, untuk jangka panjang memang tidak sesuai kerana akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
“Bagi saya apapun sepatutnya memang perlu ada penyelesaian lain terutama dalam memastikan pengeluaran beras tempatan dapat dipertingkatkan,” katanya.
Pada Ahad, Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKM, Adeysham Nor dilaporkan berkata, langkah itu diputuskan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai usaha jangka pendek kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan selepas pengguna kurang membeli beras putih import kerana harganya meningkat.
Katanya, persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong terbabit.
Sebelum ini, harga beras putih import jenis standard kira-kira RM2.80 hingga RM3.20 satu kg.
Sumber: Harian Metro