Connect with us

Antarabangsa

 NATO beri amaran perang Ukraine masih panjang

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memberi amaran bahawa perang Ukraine tidak akan tamat dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

 NATO beri amaran perang Ukraine masih panjang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memberi amaran perang Ukraine tidak akan tamat dalam masa terdekat.
  • “Kebanyakan peperangan berlangsung lebih lama daripada jangkaan ketika ia baru bermula. Justeru, kita perlu bersiap sedia untuk peperangan yang panjang di Ukraine,” kata Stoltenberg dalam temu bualnya bersama kumpulan media Jerman, Funke.
  • Konflik bersenjata tersebut bermula Februari tahun lalu apabila Russia mengerahkan tenteranya ke Ukraine, sekali gus menyebabkan perang kembali ke Eropah buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad.

FRANKFURT, JERMAN – Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memberi amaran bahawa perang Ukraine tidak akan tamat dalam masa terdekat.

“Kebanyakan peperangan berlangsung lebih lama daripada jangkaan ketika ia baru bermula. Justeru, kita perlu bersiap sedia untuk peperangan yang panjang di Ukraine,” kata Stoltenberg dalam temu bualnya bersama kumpulan media Jerman, Funke.

Konflik bersenjata tersebut bermula Februari tahun lalu apabila Russia mengerahkan tenteranya ke Ukraine, sekali gus menyebabkan perang kembali ke Eropah buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad.

“Kita semua mengharapkan keamanan segera. Namun, pada masa sama kita terpaksa akui bahawa jika Presiden Volodymyr Zelenskyy dan Ukraine berhenti berperang, mereka akan kehilangan negara.

“Jika Presiden Vladimir Putin dan askar Russia meletakkan senjata mereka, barulah keamanan dapat dicapai,” kata Stoltenberg.

Sementara itu, mengenai cita-cita Ukraine untuk menyertai pakatan tentera itu, beliau berkata, tiada keraguan bahawa Ukraine pasti akan menjadi anggota NATO.

“Apabila perang ini berakhir, kita memerlukan jaminan keselamatan untuk Ukraine. Jika tidak, sejarah boleh berulang,” tambahnya.

Pada sidang kemuncak NATO Julai lalu di Vilnius, Lithuania, pemimpin-pemimpin pakatan itu bersetuju bahawa Ukraine boleh menyertainya sebaik sahaja syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Jerman menjelaskan bahawa syarat itu termasuk Kiev melaksanakan pembaharuan untuk melindungi demokrasi serta kedaulatan undang-undangnya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *