Connect with us

Antarabangsa

Muslim Filipina sambut baik langkah tingkat akses digital Mahkamah Syariah

Pihak berkuasa Islam di Filipina minggu lalu menyambut baik penggunaan teknologi digital dalam mahkamah syariah, yang akan membantu memastikan akses kepada keadilan di negara majoriti Katolik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muslim Filipina sambut baik langkah tingkat akses digital Mahkamah Syariah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Islam di Filipina minggu lalu menyambut baik penggunaan teknologi digital dalam mahkamah syariah, yang akan membantu memastikan akses kepada keadilan di negara majoriti Katolik itu.
  • Ahli-ahli Dewan Perwakilan Rakyat Filipina pada 19 September lalu bersetuju untuk meluluskan cadangan perundangan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan 9045, bertujuan memberi akses lebih baik kepada Muslim Filipina ke mahkamah syariah dan “membuka jalan kepada transformasi digital perkhidmatan mahkamah oleh tribunal Muslim”.
  • Di bawah langkah itu, Suruhanjaya Kebangsaan Muslim Filipina (NCMF) – badan yang mentadbir hal ehwal Islam di Filipina – akan dibenarkan memproses dokumen warga Muslim Filipina yang tinggal di kawasan yang tiada mahkamah syariah fizikal.
  • “NCMF menyambut baik perkembangan positif ini,” kata jurucakap NCMF, Yusoph Mando kepada Arab News dalam satu kenyataan.
  • NCMF, melalui Biro Hal Ehwal Undang-Undangnya perlu bekerjasama dengan Mahkamah Agung dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk membina platform digital bagi pemfailan tanpa kertas seperti sijil perkahwinan, kelahiran dan kematian. 

MANILA – Pihak berkuasa Islam di Filipina minggu lalu menyambut baik penggunaan teknologi digital dalam mahkamah syariah, yang akan membantu memastikan akses kepada keadilan di negara majoriti Katolik itu.

Lebih 6 peratus daripada 110 juta penduduk Filipina beragama Islam dan kebanyakannya tinggal di kepulauan Mindanao, Sulu dan wilayah tengah-barat Palawan.

Ahli-ahli Dewan Perwakilan Rakyat Filipina pada 19 September lalu bersetuju untuk meluluskan cadangan perundangan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan 9045, bertujuan memberi akses lebih baik kepada Muslim Filipina ke mahkamah syariah dan “membuka jalan kepada transformasi digital perkhidmatan mahkamah oleh tribunal Muslim”.

Di bawah langkah itu, Suruhanjaya Kebangsaan Muslim Filipina (NCMF) – badan yang mentadbir hal ehwal Islam di Filipina – akan dibenarkan memproses dokumen warga Muslim Filipina yang tinggal di kawasan yang tiada mahkamah syariah fizikal.

“NCMF menyambut baik perkembangan positif ini,” kata Jurucakap NCMF, Yusoph Mando kepada Arab News dalam satu kenyataan.

“Kebanyakan klien yang datang kepada kami memerlukan campur tangan mahkamah. Oleh itu, pendigitalan perkhidmatan mahkamah syariah akan sangat membantu penduduk yang tinggal di bandar dan komuniti yang tiada mahkamah syariah berdekatan. Ini akan memberikan akses keadilan kepada semua,” katanya. 

NCMF, melalui Biro Hal Ehwal Undang-Undangnya perlu bekerjasama dengan Mahkamah Agung dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk membina platform digital bagi pemfailan tanpa kertas seperti sijil perkahwinan, kelahiran dan kematian. 

Namun sebelum undang-undang itu diluluskan, ia perlu mendapat kelulusan Senat Filipina.

“Kami berterima kasih kepada Kongres, terutama pengarang rang undang-undang kerana memperkasakan Biro Hal Ehwal Undang-Undang dalam melaksanakan mandatnya untuk melindungi dan menjaga warga Muslim Filipina di seluruh negara,” kata Mando.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *