Connect with us

Antarabangsa

Modi arah pegawai tidak bincang isu tukar nama India

Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang mengadakan mesyuarat Kabinet bagi membincangkan persiapan untuk Sidang Kemuncak G20, mengarahkan menteri mengelak membahaskan kemungkinan penamaan semula India kepada Bharat.

Wartawan TMT

Published

on

Modi arah pegawai tidak bincang isu tukar nama India
Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengadakan mesyuarat Kabinet bagi membincangkan persiapan untuk Sidang Kemuncak G20, mengarahkan menteri mengelak membahaskan kemungkinan penamaan semula India kepada Bharat.
  • Sputnik, memetik akhbar Hindustan Times pada Khamis, melaporkan Bharat ialah India dalam bahasa Hindi, satu daripada bahasa rasmi negara itu selain bahasa Inggeris.
  • Modi menasihatkan pegawainya tidak membuat kenyataan mengenai isu yang mereka tidak diberi kuasa bercakap atau boleh menimbulkan kontroversi pada Sidang Kemuncak G20 di New Delhi dari 9 hingga 10 September, menurut sumber.
  • Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, menggesa Ahli Parlimen dan pegawai parti mengelak daripada membuat ulasan atau kenyataan kontroversi yang boleh menjadi tajuk utama semasa sidang kemuncak itu.

MOSCOW: Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang mengadakan mesyuarat Kabinet bagi membincangkan persiapan untuk Sidang Kemuncak G20, mengarahkan menteri mengelak membahaskan kemungkinan penamaan semula India kepada Bharat.

Sputnik, yang memetik akhbar Hindustan Times pada Khamis, melaporkan bahawa Bharat ialah India dalam bahasa Hindi, satu daripada bahasa rasmi negara itu selain bahasa Inggeris.

Media India yang memetik sumber melaporkan kerajaan India mungkin mencadangkan penukaran nama negara itu secara rasmi kepada Bharat dan membawa isu itu ke sidang khas Parlimen yang akan diadakan dari 18 hingga 22 September.

Modi menasihatkan pegawainya supaya tidak membuat kenyataan mengenai isu yang mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap atau boleh menimbulkan kontroversi pada Sidang Kemuncak G20 di New Delhi dari 9 hingga 10 September, menurut sumber.

Beliau juga mengarahkan menteri untuk menjalankan tugas mereka dan memerangi serangan terhadap perkara berkaitan akidah, menurut laporan itu.

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, menggesa Ahli Parlimen dan pegawai parti supaya mengelak daripada membuat ulasan atau kenyataan kontroversi yang boleh menjadi tajuk utama semasa sidang kemuncak itu.

“Jurucakap dan pemimpin lain telah diminta bercakap hanya mengenai isu yang mereka diberi kuasa untuk bercakap.

Advertisement

“Mereka tidak seharusnya membiarkan pembangkang merampas naratif semasa tumpuan diberikan kepada India dan sidang kemuncak global,” kata seorang wakil parti.

Kontroversi itu bermula awal minggu ini apabila dalam jemputan rasmi ke jamuan negara bagi pemimpin negara yang akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, jawatan Presiden India, Droupadi Murmu, diletakkan sebagai ‘Presiden Bharat’.

Keputusan Murmu untuk menggunakan nama negara itu dalam bahasa Hindi pada kad jemputannya, serta kemungkinan penamaan semula negara itu, mencetuskan kemarahan dalam kalangan parti pembangkang.

Kebanyakan daripada mereka sebelum ini menyertai Indian National Developmental Inclusive Alliance (I.N.D.I.A.) yang baru ditubuhkan untuk menentang National Democratic Alliance yang memerintah, pada pada pilihan raya 2024. 

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending