Connect with us

Antarabangsa

Lima wanita Palestin dipaksa bogel tentera rejim Israel

Lima wanita Palestin dipaksa berbogel sewaktu serbuan tentera rejim Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di sebuah pangsapuri di Hebron, lapor Haaretz pada Isnin lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lima wanita Palestin dipaksa bogel tentera rejim Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima wanita Palestin dipaksa berbogel sewaktu serbuan tentera rejim Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di sebuah pangsapuri di Hebron, lapor Haaretz pada Isnin lalu.
  • Laporan itu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dengan pejuang Palestin mengancam akan melakukan tindak balas.
  • Pada awal pagi 10 Julai lalu, tentera rejim bertindak menyerbu rumah keluarga Al-Ajlouni di selatan Hebron dan menangkap anak sulung keluarga itu.
  • The Jerusalem Post melaporkan ketika serbuan, lima wanita daripada keluarga itu dipaksa menanggalkan pakaian mereka; ibu keluarga tersebut iaitu Afaf, anak perempuannya Zeinab dan anak-anak menantunya – Amal, Diala, dan Rawan.
  • Menurut lima wanita itu, mereka dipaksa masuk ke bilik anak-anak Amal seorang demi seorang, diarah menanggalkan pakaian di hadapan tiga anak kecil yang terjaga disebabkan serbuan itu selain diancam anjing penyerang dilepaskan ke atas mereka. 

Lima wanita Palestin dipaksa berbogel sewaktu serbuan tentera rejim Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di sebuah pangsapuri di Hebron, lapor Haaretz pada Isnin lalu.

Laporan itu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dengan pejuang Palestin mengancam akan melakukan tindak balas.

Pada awal pagi 10 Julai lalu, tentera rejim bertindak menyerbu rumah keluarga Al-Ajlouni di selatan Hebron dan menangkap anak sulung keluarga itu.

The Jerusalem Post (TJP) melaporkan ketika serbuan, lima wanita daripada keluarga itu dipaksa menanggalkan pakaian mereka; ibu keluarga tersebut iaitu Afaf, anak perempuannya Zeinab dan anak-anak menantunya – Amal, Diala, dan Rawan.

Menurut lima wanita itu, mereka dipaksa masuk ke bilik anak-anak Amal seorang demi seorang, diarah menanggalkan pakaian di hadapan tiga anak kecil yang terjaga disebabkan serbuan itu selain diancam anjing penyerang dilepaskan ke atas mereka. 

Kumpulan Jihad Islam Palestin memberitahu media Palestin, “Jenayah serangan wanita itu meletakkan setiap warga Palestin yang mempunyai senjata berdepan tugas mengarahkan senjata ke dada dan kepala rejim penjajah, sebagai pembelaan ke atas pelakuan serius dikenakan terhadap wanita merdeka (Palestin) ini”.

Kumpulan pejuang The Lion’s Den di Nablus turut menyatakan, “Sesiapa yang berdiam ketika ibu, adik-beradik, anak perempuan, dan wanita merdeka kami dihina tidak layak mendapat kewarganegaraan Palestin, tidak layak tinggal di tanah bertuah kami. 

“Tiada ruang untuk penyanjungan dan penghormatan perasaan bagi mereka yang tidak menghormati agama dan tanah air mereka,” kata kumpulan itu dipetik TJP.

Penyiasat B’Tselem, Manal Al-Jabari memberitahu Haaretz bahawa tidak banyak laporan berkenaan wanita dibogelkan dalam serbuan tentera di rumah warga Palestin, tetapi beberapa bulan kebelakangan ini, insiden sebegitu dikatakan meningkat.

Manal menyatakan dirinya sendiri turut diarah menanggalkan pakaian dalam serbuan malam besar-besaran yang dilakukan tentera di Hebron selepas pembunuhan Batsheva Nigri di bandar itu akhir Ogos lalu.

Sumber: The Jerusalem Post 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *