Terkini
Kerajaan dicadang tubuh agensi, badan kawal selia sumber REE – Senator
Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.

- Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.
- Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, unsur REE terletak di bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.
- Kata beliau, dengan adanya agensi sedemikian, negara boleh menyelaraskan penjualan keluar REE.
- “Cadangan penubuhan agensi tersebut juga akan dapat mengelakkan pergaduhan di antara negeri-negeri dengan kerajaan Pusat. Seterusnya mengelakkan daripada eksploitasi harga, eksport haram serta kehilangan sumber REE.
- “Sekali gus, menjamin pulangan segera dan keuntungan maksimum kepada negara kita,” katanya dalam sidang Dewan Negara di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, unsur REE terletak di bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.
Kata beliau, oleh itu, dengan adanya agensi sedemikian, negara boleh menyelaraskan penjualan keluar REE.
“Contohnya seperti Petronas, kawal selia penjualan produk petroleum walaupun sumbernya terletak di kawasan negeri-negeri.
“Cadangan penubuhan agensi tersebut juga akan dapat mengelakkan pergaduhan di antara negeri-negeri dengan kerajaan Pusat. Seterusnya mengelakkan daripada eksploitasi harga, eksport haram serta kehilangan sumber REE.
“Sekali gus, menjamin pulangan segera dan keuntungan maksimum kepada negara kita,” katanya dalam sidang Dewan Negara di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Hisamudin berkata, penubuhan agensi tersebut adalah untuk mengawal sahaja, di mana ia tidak akan menghalang kerajaan negeri untuk mengorek REE, tetapi hasil perlu dijual kepada Kerajaan Persekutuan.
“Dia kena paksa jual pada kita, kalau tidak, harga berlainan setiap negeri, hasilnya berlainan. Negeri kena tipu je, kalau di negara kita, tidak mengawal sumber REE ni masalahnya kita tidak tahu,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular