Connect with us

Terkini

Kerajaan dicadang tubuh agensi, badan kawal selia sumber REE – Senator

Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan dicadang tubuh agensi, badan kawal selia sumber REE – Senator
Foto: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata.
  • Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.
  • Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, unsur REE terletak di bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.
  • Kata beliau, dengan adanya agensi sedemikian, negara boleh menyelaraskan penjualan keluar REE.
  • “Cadangan penubuhan agensi tersebut juga akan dapat mengelakkan pergaduhan di antara negeri-negeri dengan kerajaan Pusat. Seterusnya mengelakkan daripada eksploitasi harga, eksport haram serta kehilangan sumber REE.
  • “Sekali gus, menjamin pulangan segera dan keuntungan maksimum kepada negara kita,” katanya dalam sidang Dewan Negara di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, unsur REE terletak di bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.

Kata beliau, oleh itu, dengan adanya agensi sedemikian, negara boleh menyelaraskan penjualan keluar REE.

“Contohnya seperti Petronas, kawal selia penjualan produk petroleum walaupun sumbernya terletak di kawasan negeri-negeri.

“Cadangan penubuhan agensi tersebut juga akan dapat mengelakkan pergaduhan di antara negeri-negeri dengan kerajaan Pusat.  Seterusnya mengelakkan daripada eksploitasi harga, eksport haram serta kehilangan sumber REE.

“Sekali gus, menjamin pulangan segera dan keuntungan maksimum kepada negara kita,” katanya dalam sidang Dewan Negara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Hisamudin berkata, penubuhan agensi tersebut adalah untuk mengawal sahaja, di mana ia tidak akan menghalang kerajaan negeri untuk mengorek REE, tetapi  hasil perlu dijual kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dia kena paksa jual pada kita, kalau tidak, harga berlainan setiap negeri, hasilnya berlainan. Negeri kena tipu je, kalau di negara kita, tidak mengawal sumber REE ni masalahnya kita tidak tahu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *