Antarabangsa
Kenapa Transgender berpatah balik ke jantina asal mereka?
Podcast Joe Rogan Experience baru-baru ini membincangkan realiti kelompok LGBTQ, termasuk isu transgender berpatah balik ke jantina asal mereka setelah melakukan peralihan jantina.
- Podcast Joe Rogan Experience baru-baru ini membincangkan realiti kelompok LGBTQ, termasuk isu transgender berpatah balik ke jantina asal mereka setelah melakukan peralihan jantina.
- Tetamunya, Patrick-Bet David turut membincangkan topik pengaruh LGBTQ atas lonjakan peratusan ketara kanak-kanak mendakwa diri mereka non-binary (merujuk kepada jantina bukan lelaki dan bukan wanita).
- Faktor keputusan peralihan jantina golongan itu dikatakan berpunca dari ‘galakan awal’ atau pengaruh awal yang diterima persekitaran mereka.
- Hal itu dibuktikan dengan kajian yang mendakwa kes disforia jantina (kecelaruan jantina) sebagai sesuatu yang bermula dalam lingkungan sosial individu.
- Sebuah kajian dijalankan The Journal of Homosexuality melibatkan 237 individu menunjukkan majoriti peserta kembali ke jantina asal selepas menyedari disforia jantina dihidapi mereka bukan berpunca dari isu jantina asal mereka sendiri.
Podcast Joe Rogan Experience baru-baru ini membincangkan realiti kelompok LGBTQ, termasuk isu transgender berpatah balik ke jantina asal mereka setelah melakukan peralihan jantina.
Tetamunya, Patrick-Bet David turut membincangkan topik pengaruh LGBTQ atas lonjakan peratusan ketara kanak-kanak mendakwa diri mereka non-binary (merujuk kepada jantina bukan lelaki dan bukan wanita).
Faktor keputusan peralihan jantina golongan itu dikatakan berpunca dari ‘galakan awal’ atau pengaruh awal diterima persekitaran mereka.
Hal itu dibuktikan dengan kajian yang mendakwa kes disforia jantina (kecelaruan jantina) sebagai sesuatu yang bermula dalam lingkungan sosial individu.
Sebuah kajian dijalankan The Journal of Homosexuality melibatkan 237 individu menunjukkan majoriti peserta kembali ke jantina asal selepas menyedari disforia jantina dihidapi bukan berpunca dari isu jantina asal mereka sendiri.
Selain mendakwa peralihan jantina itu akhirnya tidak menghapuskan disforia, hanya 13 peratus menerima sokongan atau bantuan dari organisasi LGBT ketika menukar jantina berbanding 51 peratus dikatakan menerima bantuan pada fasa awal transisi (pertukaran jantina) mereka.
Perkara ini menyerlahkan perbezaan membimbangkan dari aspek sokongan masyarakat, seolah-olah adanya kelebihan bagi mereka yang mematuhi prinsip dan cita-cita tertentu.
Penyiasatan Thomas D. Steensma terhadap kanak-kanak berumur 14-18 tahun yang melalui peralihan jantina mengakui bahawa persekitaran sosial memainkan peranan penting pembentukan persepsi terhadap kejantanan dan kewanitaan badan mereka sendiri.
Satu kajian jangka panjang berasingan yang dijalankan pada Januari 2000 dan Januari 2007, Steensma mendapati 80 peratus kanak-kanak mengalami penyesalan menukar jantina.
Berkenaan kenyataan Rogan berkaitan kelompok bukan binari, kajian UCLA menunjukkan 96 peratus dari kalangan mereka dilahirkan di Amerika Syarikat (AS), dengan 82 peratus dari golongan dewasa bukan binari itu melaporkan pengalaman penderaan emosi sewaktu kanak-kanak.
Sumber: S2J News