Connect with us

Terkini

Jualan Rahmah Beras tawarkan beras import sama harga beras tempatan

Program Jualan Rahmah Beras yang bermula hari ini, menawarkan beras import pada harga lebih murah berbanding pasarannya dengan sasaran agihan kepada golongan yang memerlukan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh (yang bertudung biru) melawat program Jualan Rahmah beras.
  • Program Jualan Rahmah Beras bermula hari ini, menawarkan beras import pada harga lebih murah berbanding pasarannya dengan sasaran agihan kepada golongan memerlukan.
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata akses beras putih tempatan terganggu ketika ini, KPDN memutuskan subsidi diberi ke atas beras import, harga jualannya sekitar RM13 hingga RM14 setiap kampit lima kilogram.
  • “Diskaun subsidi ini, kita akan pastikan ia tidak lebih daripada yang kita mampu berikan. Contohnya kalau dalam Jualan Rahmah bergerak, beras tempatan lima kilogram dijual pada RM13 hingga RM14, jadi kita akan sedaya upaya untuk jual pada harga sekitar itu (untuk beras import),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Today’s Malaysia E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework : The Way Forward di sini hari ini. 
  • Pelaksanaan jualan itu disasarkan diperluas kepada 222 kawasan parlimen, menggalakkan ahli parlimen dan pemimpin setempat mengambil bahagian mengurus dan merancang melaksana program seumpama itu untuk pengundi kawasan masing-masing.

KUALA LUMPUR: Program Jualan Rahmah Beras yang bermula hari ini, menawarkan beras import pada harga lebih murah berbanding pasarannya dengan sasaran agihan kepada golongan yang memerlukan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata berikutan akses kepada beras putih tempatan yang terganggu ketika ini, KPDN memutuskan subsidi diberi ke atas beras import, dengan harga jualannya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap kampit lima kilogram.

“Diskaun subsidi ini, kita akan pastikan ia tidak lebih daripada yang kita mampu berikan. Contohnya kalau dalam Jualan Rahmah bergerak, beras tempatan lima kilogram dijual pada RM13 hingga RM14, jadi kita akan sedaya upaya untuk jual pada harga sekitar itu (untuk beras import).

“Maknanya, kalau RM13 itu untuk harga beras tempatan, tapi yang Jualan Rahmah Beras ini kita jual beras import,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Today’s Malaysia E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework : The Way Forward di sini hari ini.

Fuziah berkata, pihaknya menyasar pelaksanaan jualan berkenaan diperluas kepada 222 kawasan parlimen, di samping menggalakkan ahli parlimen dan pemimpin setempat mengambil bahagian mengurus dan merancang melaksana program seumpama itu untuk pengundi kawasan masing-masing.

“Maksudnya, kita hasratkan setiap Parlimen itu akan ada program jualan ini. Sebelum ini, ada Ahli Parlimen yang datang jumpa saya mengatakan mereka juga mahu gunakan peruntukan mereka untuk menambah kepada subsidi yang ditawarkan dalam bentuk beras kepada pengundi di kawasan mereka,” katanya.

Katanya, KPDN menggunakan peruntukan Jualan Rahmah RM150 juta yang diberikan kerajaan sebelum ini bagi menjayakan inisiatif yang bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Mula-mula kita ada RM100 juta, tapi Perdana Menteri tambah lagi RM50 juta. Disebabkan kita tak ada akses kepada beras tempatan, jadi kami akan beri diskaun harga kepada beras import. Kita akan bagi diskaun iaitu subsidi dari kerajaan yang diperoleh dari peruntukan tadi,” katanya.

Selain itu katanya, jualan ini nanti turut mensasarkan penempatan B40, kawasan rumah kos rendah, khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Ini salah satu mekanisme untuk kita sampai kepada golongan yang amat terkesan dan memerlukan ini. Satu lagi golongan adalah peniaga, tapi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah maklum akan ambil tanggungjawab untuk beri dan menyalurkan sebahagian (stok) beras untuk kategori peniaga.

“Jadi kami akan fokus kepada kategori pengguna. Khususnya kategori pengguna yang paling terkesan. Itu akan dibincang dengan lebih terperinci kaedah terbaiknya petang ini. Program (jualan) pertama akan kami uar-uarkan juga nanti,” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam menegaskan kekurangan beras putih tempatan di pasaran adalah disebabkan berlakunya pembelian panik.

Beliau berkata, sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan, termasuk dalam kalangan peniaga sendiri, namun permintaannya bertambah berikutan harga beras import yang naik, memaksa pengguna beralih kepada beras tempatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending