Connect with us

Terkini

Jangan normalisasi perlakuan berunsur gangguan seksual – Nancy Shukri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan menormalisasi perilaku yang mempunyai unsur gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan normalisasi perlakuan berunsur gangguan seksual - Nancy Shukri
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan menormalisasi perilaku yang mempunyai unsur gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam masyarakat.
  • Beliau berkata, tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka.
  • “Sesetengah pelaku mungkin menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham. Normalisasi pelakuan ini seharusnya tidak boleh berlaku.
  • “Isu gangguan seksual bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, sangat penting dan mustahak untuk kita menguar-uarkan serta teruskan perbincangan isu ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Anti Gangguan Seksual Kota Kinabalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan menormalisasi perilaku yang mempunyai unsur gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam masyarakat.

Beliau berkata, tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka.

“Sesetengah pelaku mungkin menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham. Normalisasi pelakuan ini seharusnya tidak boleh berlaku.

“Isu gangguan seksual bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, sangat penting dan mustahak untuk kita menguar-uarkan serta teruskan perbincangan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Anti Gangguan Seksual Kota Kinabalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Nancy berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes gangguan seksual meningkat dari 378 kes pada tahun 2020 kepada 506 kes pada 2021.

Bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada 2022 iaitu kepada 477 kes membabitkan jantina lelaki dan wanita.

Advertisement

Katanya, majoriti mangsa adalah wanita iaitu sebanyak 354 kes pada 2020 dan 446 kes tahun lepas manakala 416 kes pada 2022.

“Kes gangguan seksual yang membabitkan kanak-kanak juga membimbangkan iaitu berjumlah 35 kes pada tahun 2022 di seluruh negara,” katanya.

Bercakap kepada pemberita, Nancy berkata, KPWKM sentiasa mengikuti perkembangan berkaitan tahap kesedaran gangguan seksual dalam kalangan rakyat bersama pihak berkaitan, khususnya polis dan juga agensi di bawah kementeriannya.

Katanya, ia juga harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan setiap program dilaksanakan pihaknya memberi impak di samping membuat penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending