Terkini
(VIDEO) Isu Hadis 40: Tiada guna layan puak ekstremis anti-Islam – Mufti Perlis
Tiada guna melayani atau menyenangi hati puak ektremis anti-Islam kerana mereka tetap tidak akan berpuas hati dengan orang Islam, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
- Tiada guna melayani atau menyenangi hati puak ektremis anti-Islam kerana mereka tetap tidak akan berpuas hati dengan orang Islam, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung isu modul Hadis 40 Imam Nawawi yang menjadi polemik ketika ini.
- Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza, dalam hantaran video di akaun Facebooknya semalam berkata, golongan anti-Islam tetap tidak akan berpuas hati dan membantah dalam banyak perkara walaupun cadangan pembelajaran hadis itu dibuat kerajaan pilihan mereka.
- “Mereka ini menyokong dan menganggap kerajaan hari ini dengan pemimpin politik kerajaan hari ini terdiri daripada tokoh-tokoh orang Islam yang mesra atau versi Islam yang mereka amalkan cocok ataupun sesuai dengan kehendak golongan yang merasakan Islam adalah suatu ancaman kepada mereka. Mereka kata inilah versi Islam yang mereka mahu untuk Malaysia.
- “Namun apabila mencadangkan untuk dibawa hadis 40 hadis Rasulullah SAW, our beloved prophet supaya dibaca oleh anak-anak di sekolah dengan tafsiran dan huraian yang akan dibuat oleh Kementerian yang kerajaan mereka pilih yang mereka anggap cocok dengan mereka. Pun begitu mereka tidak setuju,” katanya dalam klip video bertajuk ‘Hadis 40: Anti Islam dan Politik Bacul’.
- Mufti Perlis itu berkata bantahan golongan terbabit sehingga kerajaan perlu memberikan penjelasan demi penjelasan bahawa pembelajaran ini hanya dikhususkan kepada pelajar Muslim.
- Namun, katanya, golongan ekstremis anti-Islam itu tetap membantah dan tidak berpuas hati.
KUALA LUMPUR – Tiada guna melayani atau menyenangi hati puak ektremis anti-Islam kerana mereka tetap tidak akan berpuas hati dengan orang Islam, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr MAZA berkata demikian ketika mengulas isu modul Hadis 40 Imam Nawawi yang menjadi polemik ketika ini.
Dr Maza dalam hantaran video di akaun Facebooknya semalam berkata, golongan anti-Islam tetap tidak akan berpuas hati dan membantah dalam banyak perkara walaupun cadangan pembelajaran hadis itu dibuat kerajaan pilihan mereka.
“Mereka ini menyokong dan menganggap kerajaan hari ini dengan pemimpin politik kerajaan hari ini terdiri daripada tokoh-tokoh orang Islam yang mesra atau versi Islam yang mereka amalkan cocok ataupun sesuai dengan kehendak golongan yang merasakan Islam adalah suatu ancaman kepada mereka. Mereka kata inilah versi Islam yang mereka mahu untuk Malaysia.
“Namun apabila mencadangkan untuk dibawa hadis 40 hadis Rasulullah SAW, our beloved prophet supaya dibaca oleh anak-anak di sekolah dengan tafsiran dan huraian yang akan dibuat oleh Kementerian yang kerajaan mereka pilih yang mereka anggap cocok dengan mereka. Pun begitu mereka tidak setuju,” katanya dalam klip video bertajuk ‘Hadis 40: Anti Islam dan Politik Bacul’.
Mufti Perlis itu berkata bantahan golongan terbabit sehingga kerajaan perlu memberikan penjelasan demi penjelasan bahawa pembelajaran ini hanya dikhususkan kepada pelajar Muslim.
Namun, katanya, golongan ekstremis anti-Islam itu tetap membantah dan tidak berpuas hati.
“Mereka bantah sehingga kerajaan menjelaskan oh tak, menteri pendidikan pun bagitahu oh sebenarnya tak. Hanya nak dibaca kepada orang-orang Islam sahaja.
“Hadis ini hanya orang Islam sahaja. Patutnya dah lega dah. Orang Islam sahaja nak baca hadis. Ini buat pula bantahan hatta orang Islam pun membuat bantahan hadis itu dibaca,” katanya.
Dr Maza berkata bahkan masih terdapat tokoh-tokoh politik yang ingin melayani serta mengambil hati golongan ekstremis itu sehingga sanggup bergaduh sesama Muslim sendiri untuk membela golongan terbabit.
“Cuba kita bayangkan apabila non-Muslim yang mencadangkan buku Confucius ke buku agama lain mestilah akan ada tokoh-tokoh politik yang selama ini cuba untuk mengambil hati bahkan mencium tangan dan lutut orang-orang yang sentiasa menzahirkan tak puas hati dengan orang Islam ini.
“Kata mereka, apa salahnya kita belajar. Dalam Islam dibolehkan untuk belajar dengan mendengar idea-idea pelbagai. Bukan mesti kita nak menganut agama lain. Sekadar memahami budaya. Islam itu luas.
“Apabila non-Muslim yang keras ini (saya tak kata semua non-Muslim), saya kata puak ekstremis ini tak setuju dengan hadis ini. Golongan ini senyap. Mereka tak timbul lah rahmatan lil alamin ke apa.
“Mereka cuba untuk mengambil hati sedaya mungkin sehingga saya kata mereka terbabas dalam politik kerana cuba nak please,” katanya.
Justeru, Dr Maza berkata tiada guna melayani dan menyenangi hati golongan anti-Islam ini hanya untuk mendapat redha politik kerana mereka akan sentiasa tidak berpuas hati terhadap Islam.
“Sekadar nak baca hadis Nabi pun tak puas hati. Ini bukan silibus yang dibuat untuk group yang mereka tak setuju. Ini group yang mereka sendiri pilih, group yang apa orang nak kata pun akan bela mereka ini. Akan benarkan mereka ini. Akan pertahankan mereka ini. Sanggup bergaduh dengan teman-teman orang Islam.
“Ertinya mereka sentiasa tidak puas hati. Baik mana awak telah layan mereka. Begitulah mereka,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Video | Facebook
View this post on Instagram