Antarabangsa
Ibu dua anak dipenjarakan Israel kerana kutip dana untuk Palestin
Bilangan pejuang kemerdekaan wanita Palestin dipenjarakan rejim zionis Israel meningkat kepada 37 orang selepas Aya Khatib menyerah diri pada Isnin lalu untuk menjalani hukuman penjara empat tahun, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
- Bilangan pejuang kemerdekaan wanita Palestin dipenjarakan rejim zionis Israel meningkat kepada 37 orang selepas Aya Khatib menyerah diri pada Isnin lalu untuk menjalani hukuman penjara empat tahun, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
- Aya Khatib, 34, ibu kepada dua anak, dari Arara, Israel, dipindahkan daripada menjalani tahanan rumah selama dua tahun kepada hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Daerah Haifa mendapati wanita itu bersalah mengumpulkan dana yang didakwa “menyokong keganasan dan memberikan dana itu kepada Hamas”.
- Peguam wanita Palestin itu, Badr Ighbaria berkata tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Aya sambil menegaskan dana dikumpulkannya melalui Facebook itu adalah untuk membantu penduduk di Gaza dan Tebing Barat mendapatkan rawatan perubatan di hospital Israel dan menyambung pengajian mereka.
- Mahkamah Haifa, Israel, pada 15 Ogos lalu memutuskan untuk menghukum wanita Palestin itu empat tahun penjara, keputusan yang dianggap sebagai tidak adil untuk dirinya.
RAMALLAH – Bilangan pejuang kemerdekaan wanita Palestin dipenjarakan rejim zionis Israel meningkat kepada 37 orang selepas Aya Khatib menyerah diri pada Isnin lalu untuk menjalani hukuman penjara empat tahun, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
Aya Khatib, 34, ibu kepada dua anak, dari Arara, Israel, dipindahkan daripada menjalani tahanan rumah selama dua tahun kepada hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Daerah Haifa mendapati wanita itu bersalah mengumpulkan dana yang didakwa “menyokong keganasan dan memberikan dana itu kepada Hamas”.
Peguam wanita Palestin itu, Badr Ighbaria berkata tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Aya sambil menegaskan dana dikumpulkannya melalui Facebook itu adalah untuk membantu penduduk di Gaza dan Tebing Barat mendapatkan rawatan perubatan di hospital Israel dan menyambung pengajian mereka.
Portal Wafa melaporkan Aya ditahan pada Februari 2020, dibicarakan sejak itu dan sebenarnya telah menjalani setahun empat bulan hukuman di Penjara Damon kerana kerja amalnya, sebelum dia dihantar menjalani tahanan rumah di Kampung Basma Tiboun dan kemudian ke Kampung Zulfa sebelum meneruskan tahanan rumah di kampungnya di Arara.
Mahkamah Haifa, Israel, pada 15 Ogos lalu memutuskan untuk menghukum wanita Palestin itu empat tahun penjara, keputusan yang dianggap sebagai tidak adil untuk dirinya.
Sumber: Wafa