Connect with us

Terkini

Harga beras tempatan tidak akan naik – PM

Harga beras tempatan yang menjadi keperluan rakyat negara ini tidak akan mengalami peningkatan, malah bekalan bakal ditambah sekiranya berlaku kekurangan dalam pasaran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Harga beras tempatan tidak akan naik - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Harga beras tempatan yang menjadi keperluan rakyat negara ini tidak akan mengalami peningkatan, malah bekalan bakal ditambah sekiranya berlaku kekurangan dalam pasaran.
  • Itu penegasan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga beras yang sedang hangat diperkatakan semua pihak.
  • Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan harga beras tempatan tidak akan naik, meskipun berlaku kenaikan membabitkan beras import terutama dari India.
  • “Beras yang dimakan oleh rakyat, tak boleh naik, itu keputusan kita tetapi ada yang cakap beras naik. Kenapa beli beras mahal, beras import, kalau nak beli beras basmati kenalah bayar, saya jaga rakyat dan kalau perlu tambah, kita tambah,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dewan Terbuka Serbaguna Taman Desa di sini, semalam.

MUAR: Harga beras tempatan yang menjadi keperluan rakyat negara ini tidak akan mengalami peningkatan, malah bekalan bakal ditambah sekiranya berlaku kekurangan dalam pasaran.

Itu penegasan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga beras yang sedang hangat diperkatakan semua pihak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan harga beras tempatan tidak akan naik, meskipun berlaku kenaikan membabitkan beras import terutama dari India.

“Beras sekarang ini naik harga, bawang dari India eksport naik cukai 40 peratus. Ada masalah? Ya, tetapi apa kita buat adalah kita kata, beras putih import naik harga memang tak boleh kawal.

“Beras yang dimakan oleh rakyat, tak boleh naik, itu keputusan kita tetapi ada yang cakap beras naik. Kenapa beli beras mahal, beras import, kalau nak beli beras basmati kenalah bayar, saya jaga rakyat dan kalau perlu tambah, kita tambah,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dewan Terbuka Serbaguna Taman Desa di sini, semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pegawai-pegawai tinggi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan pesawah pada Khamis ini bagi membincangkan isu bekalan beras tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak pengilang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga diarah menghantar bekalan di mana-mana lokasi berlaku kekurangan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan beras tempatan tidak dimanipulasi sebagai beras import. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author