Connect with us

Antarabangsa

California kini boleh ‘rampas’ kanak-kanak transgender daripada ibu bapa

Dewan Undangan Negeri California pada Jumaat meluluskan rang undang-undang mentakrifkan semula keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memasukkan identiti dan ekspresi jantina, antara lain akan menyaksikan kanak-kanak melalui transisi (perubahan jantina) tanpa kebenaran ibu bapa mereka, boleh dirampas kerajaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

California kini boleh ‘rampas’ kanak-kanak transgender daripada ibu bapa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Undangan Negeri California pada Jumaat meluluskan rang undang-undang mentakrifkan semula keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memasukkan identiti dan ekspresi jantina, antara lain menyaksikan kanak-kanak melalui transisi (perubahan jantina) tanpa kebenaran ibu bapa mereka, boleh dirampas kerajaan.
  • Rang Undang-undang 957 itu diterima pakai dengan undian 57-16 dan dihantar kepada Gabenor Gavin Newsom untuk ditandatangani.
  • Ia menyaksikan pindaan kepada Seksyen 3011 Kod Keluarga mengenai pengesahan ibu bapa tentang identiti jantina atau ekspresi jantina sebagai sebahagian daripada kesihatan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
  • Wakil rakyat Republikan mengkritik cadangan itu dengan menyatakan hakim mahkamah keluarga mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan.
  • Pada bulan lalu, daerah sekolah di Bay Area membayar $100,000 untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan ibu seorang pelajar perempuan kerana mengubah jantina tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Dewan Undangan Negeri California pada Jumaat meluluskan rang undang-undang mentakrifkan semula keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memasukkan identiti dan ekspresi jantina, antara lain akan menyaksikan kanak-kanak melalui transisi (perubahan jantina) tanpa kebenaran ibu bapa mereka, boleh dirampas kerajaan.

Rang Undang-undang 957 itu diterima pakai dengan undian 57-16 dan dihantar kepada Gabenor Gavin Newsom untuk ditandatangani.

Ia menyaksikan pindaan kepada Seksyen 3011 Kod Keluarga mengenai pengesahan ibu bapa tentang identiti jantina atau ekspresi jantina sebagai sebahagian daripada kesihatan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

Mahkamah Keluarga menggunakan piawaian kesihatan dan kesejahteraan untuk membuat keputusan tentang ibu bapa mana yang mendapat hak penjagaan anak dalam pertikaian perceraian atau kes anak mereka diambil oleh kerajaan atas penderaan atau pengabaian.

Senator negeri Scott Wiener menaja bersama rang undang-undang ‘Trans Refuge’ 2022 itu memberikan kekebalan undang-undang kepada kanak-kanak bawah umur dari negeri lain untuk mengesahkan identiti jantina mereka di California.

Wakil rakyat Republikan mengkritik cadangan itu dengan menyatakan hakim mahkamah keluarga mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan. 

Dengan hanya 18 kerusi dalam dewan undangan negeri dengan 80 wakil rakyat itu, tidak banyak yang boleh dilakukan wakil rakyat Republikan untuk menghalang rang undang-undang berkenaan.

Pada bulan lalu, daerah sekolah di Bay Area membayar $100,000 untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan ibu seorang pelajar perempuan kerana mengubah jantina tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Jessica Konen mendakwa Spreckels Union School District dan tiga pekerjanya merahsiakan identiti biseksual dan transgender anak perempuannya dengan merujuknya sebagai lelaki, menyuruhnya mengikat payudara dan membenarkannya menggunakan bilik mandi fakulti. 

Guru-guru didakwa menggalakkan anak itu menggunakan nama lelaki, memakai pakaian lelaki, membaca artikel mengenai perubahan jantina dan tidak memberitahu ibunya tentang identiti jantina baharu atau nama baharunya.

Pelajar itu mengatakan ibunya mungkin tidak menyokongnya dan disebabkan itu dia tidak dapat mempercayai ibunya. Pada akhirnya, sekolah itu memaklumkan dia berbuat demikian kerana bimbang kerajaan mungkin akan membawa anak itu pergi.

Mac 2020, pelajar perempuan itu “mula kembali kepada dirinya yang asal” apabila California terpaksa berpindah kepada proses pembelajaran atas talian kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *