Connect with us

Terkini

Apakah kesan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya?

KERAJAAN melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke- 12 (RMK12) memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan komited di dalam meneruskan reformasi undang-undang dengan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.

hishammarzuki

Published

on

Apakah kesan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KERAJAAN melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke- 12 (RMK12) memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan komited di dalam meneruskan reformasi undang-undang dengan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.

Di dalam perkara ini, Kerajaan telah mewujudkan dua Jawatankuasa iaitu Petugas Khas Kajian Komparatif dan Kajian Petugas Khas Teknikal di dalam membuat kajian empirikal komprehensif dalam masa tempoh setahun untuk mengkaji cadangan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara. 

Malah, kajian juga akan melibatkan beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan pindaan khusus bagi memastikan lantikan Peguam Negara bebas dan bukan dikawal oleh pelantikan Perdana Menteri seperti proses sedia ada.

Mengikut amalan sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa Peguam Negara adalah di bawah Perkara 145 mengikut budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa- apa prosiding. 

Daripada segi amalannya, pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara dapat membantu Peguam Negara di dalam menumpukan usaha menasihati kerajaan berkenaan isu undang-undang. 

Manakala bagi Pendakwa Raya juga dapat menumpukan proses pendakwaan jenayah mana-mana pihak, termasuk Menteri yang telah melakukan apa-apa kesalahan mengikut undang- undang. 

Advertisement

Dengan keadaan sekarang, apabila berlakunya perubahan kepada Pihak kerajaan memerintah terdapat laporan dan pendakwaan bagi kes-kes berprofil tinggi juga dikatakan telah berubah. 

Malah, sesetengah pihak melihat bahawa ia boleh dijadikan alat untuk berlindung di sebalik Peguam Negara yang melakukan Pendakwaan di Mahkamah.

Untuk rekod setakat ini, apabila keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan atau Rayuan di Mahkamah serta telah diputuskan bebas oleh Mahkamah, Mahkamah sering kali akan menjadi kesan persepsi yang akan menjejaskan sistem Kehakiman dan perundangan di Malaysia. 

Tanggapan ini perlu diubah serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem Kehakiman yang bebas daripada campur tangan mana-mana pihak.

Berdasarkan keadaan terkini, terdapat beberapa Negara Komanwel yang telah cuba mengamalkan pengasingan konsep Peguam Negara dan Pendakwa Raya walaupun tidak sepenuhnya iaitu Australia, Hong Kong, India, Kenya dan Britain. 

Kajian-kajian dijalankan juga perlu meneliti berkenaan kebebasan pelantikan pihak-pihak di dalam badan Pendakwa Raya supaya tidak timbul dakwaan yang dipolitikkan setiap kali berlaku pertukaran Kerajaan. 

Advertisement

Diharapkan tindakan segera di dalam pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat diambil dan dilakukan bagi memastikan undang-undang di Malaysia dapat dilaksanakan mengikut prinsip keadilan.  – The Merdeka Times

Muhamad Hisham Marzuki adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending