Terkini
(VIDEO) Tiada toleransi terhadap isu perkauman dan agama di Selangor – Hannah Yeoh
Rakyat Selangor tidak akan bertoleransi dengan isu perkauman dan agama yang dimainkan sesetengah parti politik.
- Rakyat Selangor tidak akan bertoleransi dengan isu perkauman dan agama yang dimainkan sesetengah parti politik.
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata jika terdapat pengundi yang tidak mengundi, mereka mungkin akan mendapat kerajaan negeri yang berbeza.
- “Berbanding dengan (parti) sebelah sana, pemimpin mereka mempermainkan isu perkauman dan agama. Ini tidak baik untuk perpaduan,” katanya.
BALAKONG: Rakyat Selangor tidak akan bertoleransi dengan isu perkauman dan agama yang dimainkan sesetengah parti politik.
Justeru Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap rakyat negeri ini akan mengekalkan sokongan mereka buat calon Pakatan Harapan agar negeri itu kekal harmoni walau terdiri daripada pelbagai bangsa.
“Kerajaan Perpaduan ini, gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bekerjasama bagi penggal ini dan jelas kami berbilang bangsa.
“Berbanding dengan (parti) sebelah sana, pemimpin mereka mempermainkan isu perkauman dan agama. Itu tidak baik untuk perpaduan,” katanya.
Hannah Yeoh juga menyeru masyarakat untuk keluar mengundi terutama golongan belia supaya dapat menentukan kerajaan yang mereka mahukan.
“Kita kena pertahankan kerusi DUN Balakong. Selama ini mantan-mantan wakil rakyat DAP di sini memang memberikan perkhidmatan cemerlang, terutamanya mendiang Eddie Ng yang telah berkhidmat dengan begitu cemerlang semasa beliau jadi ADUN,” kata Hannah Yeoh sewaktu menghadiri program “Meet and Greet” calon Pakatan Harapan DUN Balakong, Wayne Ong Chun Wei di Lake Valley di Bandar Tun Hussein Onn.
Dalam pada itu, calon Pakatan Harapan DUN Balakong, Wayne berkata antara usaha yang beliau akan laksanakan di kawasan Balakong adalah menjadikan Balakong sebagai pusat ekonomi negeri.
Wayne berpengalaman sebagai ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selama dua tahun dan setiausaha kanan Exco Kerajaan Negeri selama lima tahun. – The Merdeka Times
View this post on Instagram