Connect with us

Terkini

UMNO ditolak ahlinya, pengundi Melayu kerana DAP – Penganalisis politik

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri Sabtu lepas jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak UMNO dipercayai ekoran tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UMNO ditolak ahlinya, pengundi Melayu kerana DAP – Penganalisis politik
Majlis Pengumuman Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Kerajaan Perpaduan bagi enam negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
  • Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri Sabtu lalu jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak UMNO dipercayai ekoran parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.
  • Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, mesej sangat jelas dinyatakan bukan sahaja ahli-ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional (PN) malah majoriti pengundi Melayu kecewa dengan tindakan UMNO untuk bersengkongkol dengan PH.
  • “Penyokong dan ahli akar umbi UMNO majoritinya menolak kerjasama politik dengan DAP dalam PH. Kita tidak boleh nafi hal ini,” katanya.
  • PRN pada Sabtu menyaksikan calon BN-UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi ditandingi.

ALOR SETAR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri Sabtu lepas jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak UMNO dipercayai ekoran tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, mesej yang sangat jelas dinyatakan oleh bukan sahaja ahli-ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional (PN) malah oleh majoriti pengundi Melayu yang kecewa dengan tindakan UMNO untuk bersengkongkol dengan PH.

“Penyokong dan ahli akar umbi UMNO majoritinya menolak kerjasama politik dengan DAP dalam PH. Kita tidak boleh nafi hal ini.

“Malah apabila orang Melayu beralih undi kepada PN, ini juga memperlihatkan bahawa mereka tidak selesa untuk terus memilih UMNO yang berada dalam kerjasama politik melibatkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam PRN yang berakhir pada Sabtu, calon BN-UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu berpandangan tidak mustahil untuk UMNO terus ditolak oleh rakyat negara ini pada PRU akan datang sekiranya mereka terus kekal dalam kerajaan semasa.

“Saya berpandangan UMNO perlu lakukan sesuatu dengan drastik untuk mengembalikan kepercayan dan keyakinan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga ahlinya yang kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti tersebut.

“Kepimpinan tertinggi UMNO perlu bertanggungjawab dengan kekalahan besar yang dihadapi oleh UMNO selepas mengalami keadaan sama lapan bulan lalu,” katanya.

Keputusan penuh PRN 2023 yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada lewat malam Sabtu mengesahkan Perikatan Nasional (PN) menang 146 kerusi berbanding Pakatan Harapan (80 kerusi) dan Barisan Nasional (19 kerusi). – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *