Connect with us

Antarabangsa

Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET

Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia pada Ahad memutuskan untuk melarang penggunaan platform media sosial TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET
Foto: Logo Tik Tok (kiri), logo 1XBET (tengah), logo Telegram (kanan).
  • Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia pada Ahad memutuskan untuk melarang penggunaan platform media sosial TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.
  • Larangan itu dibuat susulan persidangan keselamatan komunikasi, internet dan media sosial dianjurkan oleh kementerian itu serta menggariskan kesan negatif platform terbabit terhadap kehidupan belia Somalia, lapor Agensi Anadolu.
  • Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Teknologi Jama Hassan Khalif.
  • Khalif berkata ketiga-tiga platform itu memberi impak besar kepada kehidupan belia Somalia.
  • Perhimpunan Kebangsaan Kenya sedang mengkaji petisyen melarang TikTok kerana kurangnya peraturan dan kebimbangan terhadap kandungan eksplisit.

MOGADISHU : Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia pada Ahad memutuskan untuk melarang penggunaan platform media sosial TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.

Larangan itu dibuat susulan persidangan keselamatan komunikasi, internet dan media sosial yang dianjurkan oleh kementerian itu serta menggariskan kesan negatif platform terbabit terhadap kehidupan belia Somalia, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Teknologi Jama Hassan Khalif.

Khalif berkata Somalia telah melaksanakan larangan kontroversi itu untuk “melindungi tingkah laku moral masyarakat Somalia apabila menggunakan alat komunikasi dan internet.”

TikTok, platform perkongsian video yang dikenali dengan cabaran viral dan kandungan ringkasnya, sebelum ini telah dikritik beberapa kerajaan Afrika kerana menggalakkan trend yang mungkin mempengaruhi fikiran.

Telegram, aplikasi pemesejan yang sering digunakan untuk perbualan kumpulan peribadi, juga telah menimbulkan kebimbangan keselamatan di seluruh Afrika, kerana ia boleh digunakan untuk memudahkan aktiviti haram.

Sementara itu, 1XBet menimbulkan kebimbangan tentang potensi ketagihan judi di kalangan belia.

Khalif berkata ketiga-tiga platform itu memberi impak besar kepada kehidupan belia Somalia.

Perhimpunan Kebangsaan Kenya sedang mengkaji petisyen untuk melarang TikTok kerana kurangnya peraturan dan kebimbangan terhadap kandungan eksplisit.

Petisyen itu menegaskan bahawa kandungan eksplisit TikTok menjejaskan nilai budaya dan agama Kenya dengan mempromosikan keganasan, ucapan bencian dan kelucahan.

Sumber Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *