Terkini
Rohingya paling ramai memandu tanpa lesen di Melaka
Senario warga asing yang tidak gentar dengan undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.
- Senario warga asing tidak gentar undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.
- 23 buah motosikal dan dua buah kereta disita dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) dilakukan sekitar Melaka Sentral petang kelmarin.
- Pengarah JPJ Negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, warga asing dikenakan kompaun RM300 setiap seorang melibatkan 16 etnik Rohingya, lapan Bangladesh dan seorang Pakistan.
- Masalah warga asing memandu tanpa lesen semakin menunjukkan peningkatan.
- Beliau berkata, sepanjang PEWA dijalankan Januari sehingga Julai lalu, sebanyak 283 kes dicatatkan.
- “Etnik Rohingya paling ramai melakukan kesalahan memandu tanpa lesen seramai 63 orang diikuti Pakistan (9) dan Bangladesh (6). Kompaun dikutip atas kesalahan tersebut sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM84,900,” jelasnya.
MELAKA: Senario warga asing yang tidak gentar dengan undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.
Dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) dilakukan selama dua jam di sekitar Melaka Sentral petang kelmarin, sebanyak 23 buah motosikal dan dua buah kereta disita.
Pengarah JPJ Negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, warga asing yang dikenakan kompaun RM300 setiap seorang melibatkan 16 etnik Rohingya, lapan Bangladesh dan seorang Pakistan.
Menurutnya, kesemua mereka diambil tindakan kerana memandu tanpa sebarang lesen memandu yang sah.
“Pemilik kereta dan motosikal milik warga tempatan yang disewakan kepada warga asing ini juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan kesemua kenderaan telah disita. Sewaktu ditahan mereka langsung tidak cuba melarikan diri malah secara rela ditahan dan dikenakan kompaun.
“Walaupun operasi yang dijalankan agak pendek selama dua jam namun tangkapan yang dilakukan petang semalam adalah tinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Khas E-ID Awam dan MYJPJ Bersama Pengamal Media Melaka di Ibu Pejabat JPJ negeri, Bukit Katil di sini, semalam.
Tambah Muhammad Firdaus, masalah warga asing memandu tanpa lesen semakin menunjukkan peningkatan.
Beliau berkata, sepanjang PEWA yang dijalankan sejak Januari sehingga Julai lalu, sebanyak 283 kes dicatatkan.
“Etnik Rohingya paling ramai melakukan kesalahan memandu tanpa lesen seramai 63 orang diikuti Pakistan (9) dan Bangladesh (6). Kompaun yang dikutip atas kesalahan tersebut sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM84,900,” jelasnya. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia