Terkini
MCA dakwa Hui Ying cuba justifikasi kesalahannya dalam isu modul hadis
MCA mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying cuba menjustifikasi (membetulkan) kesalahannya dalam menyembunyikan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul penghayatan hadis di sekolah rendah Cina dan Tamil.
- MCA mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying cuba menjustifikasi (membetulkan) kesalahannya dalam menyembunyikan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul penghayatan hadis di sekolah rendah Cina dan Tamil.
- Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting mendakwa Hui Ying dilaporkan berkata modul 40 Hadis Imam Al-Nawawi serupa dengan “Di Zi Gui” yang diajarkan kepada pelajar Cina untuk memupuk nilai ketaatan kepada ibu bapa dan adab.
- Beliau mempersoalkan sama ada penjelasan Hui Ying adalah cubaan untuk memujuk sekolah rendah Cina dan Tamil untuk menerima modul itu.
- “Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan berketurunan Cina, Lim Hui Ying sepatutnya menjadi penjaga pertama yang mempertahankan sekolah rendah Cina, bukannya menutup mata tatkala tahu (hak) sekolah rendah Cina akan diceroboh, malah cuba menjustifikasi perkara yang tidak munasabah,” kata Nicole Wong dalam kenyataan di laman sesawang rasmi MCA pada Selasa.
KUALA LUMPUR – MCA mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying cuba menjustifikasi (membetulkan) kesalahannya dalam menyembunyikan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul penghayatan hadis di sekolah rendah Cina dan Tamil.
Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting mendakwa Hui Ying dilaporkan berkata modul 40 Hadis Imam Al-Nawawi serupa dengan “Di Zi Gui” yang diajarkan kepada pelajar Cina untuk memupuk nilai ketaatan kepada ibu bapa dan adab.
Beliau mempersoalkan sama ada penjelasan Hui Ying adalah cubaan untuk memujuk sekolah rendah Cina dan Tamil untuk menerima modul itu.
“Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan berketurunan Cina, Lim Hui Ying sepatutnya menjadi penjaga pertama yang mempertahankan sekolah rendah Cina, bukannya menutup mata tatkala tahu (hak) sekolah rendah Cina akan diceroboh, malah cuba menjustifikasi perkara yang tidak munasabah,” kata Nicole Wong dalam kenyataan di laman sesawang rasmi MCA pada Selasa.
Beliau berkata perkara yang paling serius adalah Menteri Pendidikan mengumumkan modul penghayatan hadis itu akan diperluaskan ke sekolah lain di bawah KPM tanpa memberitahu sekolah rendah Cina dan Tamil, pertubuhan agama, malah kabinet.
Nicole Wong berkata sekolah lain di bawah KPM, termasuk sekolah rendah Cina dan Tamil, majoritinya terdiri daripada pelajar bukan Islam.
Menurutnya, jika KPM berkeras untuk berbuat demikian, ia akan melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan beragama.
Beliau turut mengingatkan masyarakat Cina dan pertubuhan pendidikan Cina bahawa semasa 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan, KPM juga cuba memasukkan unit seni khat di dalam buku teks Bahasa Melayu.
“Sewaktu kontroversi unit tulisan jawi, pertubuhan pendidikan Cina dan agama pernah dituduh oleh pemimpin DAP ketika itu sebagai memperbesar isu itu dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu Teo Nie Ching juga cuba untuk memperdaya dan memujuk masyarakat Cina masyarakat menerimanya.
“Akhirnya, mujurlah, di bawah usaha gigih semua lapisan masyarakat, pihak berkuasa kemudiannya mengurangkan dari enam muka surat kepada tiga muka surat,” kata Ketua Pemuda MCA itu. – The Merdeka Times
Sumber: Laman rasmi MCA