Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan pedofilia antarabangsa tumpas, 98 penjenayah ditangkap di AS dan Australia

98 individu yang terkait dengan kumpulan pedofilia antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan Australia ditumpaskan dalam satu operasi besar-besaran jenayah seksual kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan pedofilia antarabangsa tumpas, 98 penjenayah ditangkap di AS dan Australia
Foto: Sidang media bersama Pegawai Polis Australia, Komander Helen Schneider (kiri) bersama Ejen FBI, Nitiana Mann di Canberra, Australia.
  • 98 individu yang terkait dengan kumpulan pedofilia antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan Australia ditumpaskan dalam satu operasi besar-besaran jenayah seksual kanak-kanak.
  • Federal Bureau of Investigation AS (FBI) dan Australian Federal Police (AFP) memaklumkan jumlah penangkapan itu dalam sidang akhbar bersama pada Selasa lalu.
  • Dalam sidang akhbar itu, mereka menjelaskan penangkapan itu melibatkan 19 individu di Australia manakala 79 individu lagi di AS.
  • Setiap dari penjenayah itu berdepan dengan tuduhan yang menghubungkan mereka dengan rangkaian kumpulan penderaan kanak-kanak yang melibatkan pelbagai negara
  • FBI dilaporkan turut memaklumkan pihak berkuasa negara-negara lain berkenaan suspek-suspek yang berada dalam lingkungan bidang kuasa mereka.

98 individu yang terkait dengan kumpulan pedofilia antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan Australia ditumpaskan dalam satu operasi besar-besaran jenayah seksual kanak-kanak.

Federal Bureau of Investigation AS (FBI) dan Australian Federal Police (AFP) memaklumkan jumlah penangkapan itu dalam sidang akhbar bersama pada Selasa lalu.

Dalam sidang akhbar itu, mereka menjelaskan penangkapan itu melibatkan 19 individu di Australia manakala 79 individu lagi di AS.

Setiap dari penjenayah itu berdepan dengan tuduhan yang menghubungkan mereka dengan rangkaian kumpulan penderaan kanak-kanak yang melibatkan pelbagai negara.

Komander AFP, Helen Schneider menjelaskan bahawa suspek terlibat, menjalankan operasi menerusi sesawang gelap (dark web) dan menggunakan perisian tertentu untuk berkongsi fail tanpa dapat dikenali dengan mudah.

Beliau juga menjelaskan kebanyakan suspek di Australia mempunyai karier dengan kemahiran dan pemahaman khas berkenaan networking (rangkaian) yang membantu mereka untuk tidak dikesan.

Pegawai khas FBI legal attache Nitiana Mann berkata, “operasi ini sangat kompleks, tahap kerumitan dan kerahsiaan platform (yang terlibat) menunjukkan tiada agensi atau negara melawannya secara berseorangan”.

FBI turut bertindak memaklumkan pihak berkuasa negara-negara lain berkenaan suspek-suspek yang berada dalam lingkungan bidang kuasa mereka.

Nitiana juga menyebut lebih 200 petunjuk antarabangsa dihantar ke negara dunia ketiga sepanjang operasi itu, manakala lebih 300 penyiasatan penderaan seksual kanak-kanak telah dilancarkan.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *