Connect with us

Terkini

Ketua Menteri Pulau Pinang arah SUK teliti isu songkok di majlis angkat sumpah exco

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membincangkan isu pemakaian songkok di majlis angkat sumpah exco negeri pada Rabu lalu dengan Pejabat Gabenor Pulau Pinang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ketua Menteri Pulau Pinang arah SUK teliti keperluan bersongkok di majlis angkat sumpah exco
Foto: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
  • Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membincangkan isu pemakaian songkok di majlis angkat sumpah exco negeri pada Rabu lalu dengan Pejabat Gabenor Pulau Pinang .
  • Beliau berkata pejabatnya telah bermesyuarat dengan Bahagian Protokol Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membincangkan dan memahami isu itu.
  • Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, sebelum ini, tiada keperluan untuk memakai songkok bagi tetamu bukan Muslim di majlis itu.
  • “Kami dimaklumkan syarat (memakai songkok) ini dinyatakan dalam kad jemputan tetapi memandangkan biasanya ia tidak diperlukan, sesetengah tetamu mungkin tidak menyedarinya,” katanya dipetik Malay Mail pada sidang media selepas pelancaran perkhidmatan feri baharu di negeri itu pada Khamis lalu.
  • Rabu minggu lalu, media melaporkan beberapa tetamu lelaki bukan Muslim yang tidak memakai songkok telah dilarang daripada memasuki majlis angkat sumpah exco negeri di Dewan Sri Pinang.

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membincangkan isu pemakaian songkok di majlis angkat sumpah exco negeri pada Rabu lalu dengan Pejabat Gabenor Pulau Pinang.

Beliau berkata pejabatnya telah bermesyuarat dengan Bahagian Protokol Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk membincangkan dan memahami isu itu.

Kon Yeow, yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, sebelum ini, tiada keperluan untuk memakai songkok bagi tetamu bukan Muslim di majlis itu.

“Kami dimaklumkan syarat (memakai songkok) ini dinyatakan dalam kad jemputan tetapi memandangkan biasanya ia tidak diperlukan, sesetengah tetamu mungkin tidak menyedarinya,” katanya dipetik Malay Mail pada sidang media selepas pelancaran perkhidmatan feri baharu di negeri itu pada Khamis lalu.

Beliau berkata Bahagian Protokol Dewan Undangan Negeri memaklumkan orang kenamaan luar negara dikecualikan daripada syarat bersongkok itu.

Susulan itu, Kon Yeow mengarahkan SUK untuk berbincang dengan Pejabat Gabenor Pulau Pinang untuk lebih memahami keperluan memakai songkok itu dan hala tujunya di masa depan.

Rabu minggu lalu, media melaporkan beberapa tetamu lelaki bukan Muslim yang tidak memakai songkok telah dilarang daripada memasuki majlis angkat sumpah exco negeri di Dewan Sri Pinang.

Surat jemputan rasmi dikeluarkan Jabatan Penerangan Negeri menyatakan kod berpakaian bagi lelaki Muslim adalah sut lounge gelap bersama kasut gelap serta memakai songkok, manakala bukan Muslim hanya dikehendaki memakai sut lounge gelap dan kasut gelap tanpa menyebut songkok. – The Merdeka Times

Sumber: Malay Mail

Author