Connect with us

Terkini

Ketua balai polis mengaku tidak bersalah atas 98 pertuduhan rasuah

Seorang ketua balai polis didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 98 pertuduhan menerima rasuah yang keseluruhannya berjumlah RM31,400 pada 2021 dan 2022.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua balai polis mengaku tidak bersalah atas 98 pertuduhan rasuah
Foto: Ketua balai polis, Anuar Yaakob, 54 (bertutup muka).
  • Seorang ketua balai polis didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 98 pertuduhan menerima rasuah keseluruhannya berjumlah RM31,400 pada 2021 dan 2022.
  • Anuar Yaakob, 54, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan empat jurubahasa yang mengambil tempoh masa lebih 40 minit di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
  • Anuar yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
  • Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rif’ah Izzati Abdul Mutalif memohon jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan.
  • “Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM Pahang, pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tidak melakukan kacau ganggu saksi pendakwaan,” katanya.

KUANTAN: Seorang ketua balai polis didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 98 pertuduhan menerima rasuah yang keseluruhannya berjumlah RM31,400 pada 2021 dan 2022.

Anuar Yaakob, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan empat jurubahasa yang mengambil tempoh masa lebih 40 minit di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima benda berharga iaitu wang tunai berjumlah antara RM100 dan RM2,000 tanpa balasan daripada beberapa individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya melalui pindahan wang secara dalam talian ke akaun miliknya antara Januari 2021 sehingga Oktober 2022.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sekitar Kuantan ketika bertugas di Bahagian Siasatan/Perundangan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dengan pangkat Sarjan dan Ketua Balai Polis Cherating sebagai Sarjan Mejar antara Januari 2021 sehingga Oktober 2022.

Anuar yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rif’ah Izzati Abdul Mutalif memohon jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan.

“Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM Pahang, pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tidak melakukan kacau ganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, peguam tertuduh, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dalam rayuannya memohon wang jaminan itu dikurangkan kerana tertuduh menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak.

“Pendapatan bersih tertuduh berjumlah RM3,000 dan turut menanggung ibu bapa, masing-masing berumur 73 dan 76 tahun,” katanya.

Ahmad Zamzani kemudiannya membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan tiga syarat tambahan.

Tertuduh diperintahkan supaya melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan bermula September ini, sehingga kes selesai.

Ahmad Zamzani memberitahu tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai dan tertuduh tidak melakukan kacau ganggu saksi pendakwaan dan kes disebut semula pada 25 September ini untuk serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending