Connect with us

Terkini

Kempen label ‘negeri mundur’, faktor PH-BN kalah negeri dikuasai PN

Kempen merendahkan pihak lawan dan bersifat menghina dengan menggelar Kedah, Kelantan dan Terengganu mundur dilihat sebagai antara faktor kegagalan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menguasai negeri terbabit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Kempen label ‘negeri mundur’, faktor PH-BN kalah negeri dikuasai PN
Foto: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri), Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming(tengah), Shahril Hamdan (kanan).
  • Kempen merendahkan pihak lawan dan bersifat menghina dengan menggelar Kedah, Kelantan dan Terengganu mundur dilihat sebagai antara faktor kegagalan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menguasai negeri terbabit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) berkata bagaimanapun intonasi kempen sedemikian jugalah yang banyak dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  semasa berkempen.
  • I think you guys have to take this seriously because you are becoming ‘the nasty party’. (Saya fikir anda semua perlu mengambil serius perkara ini kerana anda menjadi ‘parti yang jahat’),” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap ‘Post-match Analysis’ sempena PRN 2023 pada Isnin lalu.
  • Tidak menafikan kenyataan KJ, Kian Ming berkata adalah satu pandangan tidak tepat sekiranya ada kelompok mempunyai persepsi bahawa memilih PAS atau Perikatan Nasional (PN) menunjukkan seseorang pengundi itu menyokong kemunduran.

KUALA LUMPUR — Kempen merendahkan pihak lawan dan bersifat menghina dengan menggelar Kedah, Kelantan dan Terengganu mundur dilihat sebagai antara faktor kegagalan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menguasai negeri terbabit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) berkata bagaimanapun intonasi kempen sedemikian jugalah yang banyak dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  semasa berkempen.

I think you guys have to take this seriously because you are becoming ‘the nasty party’. (Saya fikir anda semua perlu mengambil serius perkara ini kerana anda menjadi ‘parti yang jahat’),” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap ‘Post-match Analysis’ sempena PRN 2023 pada Isnin lalu.

Podcast itu dikendalikan KJ dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan bersama panel jemputan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming.

Tidak menafikan kenyataan KJ, Kian Ming yang juga Bendahari DAP Selangor menyifatkan faktor itu sebagai masalah orang bandar.

Itu adalah satu masalah besar di kalangan orang di bandar di mana mereka nampak bahawa orang yang mengundi kerajaan PAS, kerajaan PN di Kelantan dan Terengganu mereka menyokong kemunduran. Saya rasa ini bukan satu pandangan yang tepat,” katanya.

Kian Ming berkata pandangan itu juga perlu dielakkan pakatan PH-BN pada masa hadapan.

Sementara itu, KJ turut mengulas laporan berita bertajuk, ‘They just want KFC after voting’: Nur Jazlan laments Malay youths’ lack of political awareness, says affected Umno’s chances’ yang diterbitkan Malay Mail pada Selasa.

Dengan nada sarkastik, beliau mengiyakan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menerusi hantaran di Instagram.

“Betul, boss. Pengundi muda Melayu hanya mahu 47 ketul ayam KFC selepas mengundi. Semoga presiden kekal sehingga PRU-47,” katanya menerusi hantaran itu pada Selasa.

Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menyaksikan PN menguasai 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, manakala gabungan PH-BN hanya memenangi dua kerusi.

Di Terengganu, PN menyapu bersih kesemua kerusi DUN di negeri itu dan begitu juga di Kedah di mana lebih dua pertiga daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di negeri itu dikuasai PN.

Sementara itu, PH-BN mengekalkan penguasaan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Keluar Sekejap, Instagram khairykj

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *