Antarabangsa
Kebakaran hutan di Tenerife makin marak di luar kawalan
Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol, semakin marak dan di luar kawalan walaupun bomba bertungkus lumus memadam api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
- Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol, semakin marak dan di luar kawalan walaupun bomba bertungkus lumus memadam api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
- Setakat ini, kebakaran hutan itu memusnahkan kira-kira 8,400 hektar tanah, lonjakan yang besar sejak kali terakhir direkodkan, kata ketua wilayah Kepulauan Canary, Fernando Clavijo pada Sabtu malam.
- Lebih 12,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di 11 bandar berbeza akibat kebakaran di utara dan timur laut pulau itu, menurut anggaran pihak berkuasa.
- Di sebalik perkembangan itu katanya, keseluruhan bahagian selatan kebakaran itu “sangat stabil,” walaupun kawasan utara kebakaran masih menjadi kebimbangan.
- Pemimpin itu pada masa sama menyifatkan kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun lalu.
MADRID: Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol, semakin marak dan di luar kawalan walaupun bomba bertungkus lumus memadam api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Setakat ini, kebakaran hutan itu memusnahkan kira-kira 8,400 hektar tanah, lonjakan yang besar sejak kali terakhir direkodkan, kata ketua wilayah Kepulauan Canary, Fernando Clavijo pada Sabtu malam.
Di sebalik perkembangan itu katanya, keseluruhan bahagian selatan kebakaran itu “sangat stabil,” walaupun kawasan utara kebakaran masih menjadi kebimbangan.
Pemimpin itu pada masa sama menyifatkan kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun lalu.
Lebih 12,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di 11 bandar berbeza akibat kebakaran di utara dan timur laut pulau itu, menurut anggaran pihak berkuasa.
Pada awalnya, pihak berkuasa menganggarkan 26,000 orang telah berpindah dari rumah mereka pada Sabtu, tetapi jumlah itu menurun setelah disemak semula.
Tiada kecederaan atau kemusnahan rumah dilaporkan.
Kehidupan kebanyakan penduduk diteruskan seperti biasa di kawasan pelancongan pulau itu, menurut maklumat rasmi.
Punca kebakaran, yang berlaku berhampiran bandar kecil Arafo, masih belum jelas dan Clavijo mengatakan siasatan telah dimulakan.
Sumber: Berita Harian