Terkini
Kanak-kanak 17 bulan maut dipercayai didera secara seksual ibu sendiri
Seorang ibu dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) ditangkap pada Ahad lalu selepas anak kecilnya didapati meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan seksual berterusan, lapor Fox News.
- Seorang ibu dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) ditangkap pada Ahad lalu selepas anak kecilnya didapati meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan seksual berterusan, lapor Fox News.
- Erica Lawson, 21, ditahan atas beberapa kesalahan, termasuk jenayah penderaan tahap pertama terhadap kanak-kanak di bawah 12 tahun.
- Peguam Daerah Bell County, Bell Lisa Fugate memberitahu WATE News bahawa kanak-kanak berusia 17 bulan itu mempunyai tanda-tanda penderaan fizikal dan seksual ketika dia dimasukkan ke hospital pada 28 Julai lalu.
- Kanak-kanak perempuan yang dirogol dan dipukul itu dilaporkan berada dalam keadaan koma, sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 Julai lalu.
KENTUCKY – Seorang ibu dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) ditangkap pada Ahad lalu selepas anak kecilnya didapati meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan seksual berterusan, lapor Fox News.
Erica Lawson, 21, ditahan atas beberapa kesalahan, termasuk jenayah penderaan tahap pertama terhadap kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Peguam Daerah Bell County, Bell Lisa Fugate memberitahu WATE News bahawa kanak-kanak berusia 17 bulan itu mempunyai tanda-tanda penderaan fizikal dan seksual ketika dia dimasukkan ke hospital pada 28 Julai lalu.
Kanak-kanak perempuan itu bergantung kepada mesin pernafasan, namun kecederaannya dilaporkan amat parah untuk pulih.
Kanak-kanak perempuan yang dirogol dan dipukul itu dilaporkan berada dalam keadaan koma, sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 Julai lalu.
Jabatan Polis Middlesboro memulakan siasatan untuk menentukan pihak bertanggungjawab melakukan penderaan itu.
Lawson yang ditahan pada Ahad lalu dibawa ke Pusat Tahanan Bell County, di mana dia ditahan dengan bon USD1,000,000 (RM4.5 Juta).
Sumber: Fox News