Antarabangsa
(VIDEO) Jangan sesekali normalisasikan seks songsang – Shaykh Yasir Qadhi
Muslim yang bergelut dengan dilema seks songsang atau menyukai sesama jantina mesti memahami bahawa semua manusia melakukan dosa, tetapi impak menormalisasikannya sesuatu yang berbeza.
Muslim yang bergelut dengan dilema seks songsang atau menyukai sesama jantina mesti memahami bahawa semua manusia melakukan dosa, tetapi impak menormalisasikannya sesuatu yang berbeza.
Dekan The Islamic Seminary of America dan Cendekiawan Pusat Islam East Plano, Dr Yasir Qadhi menjelaskan, seandainya kelakuan songsang itu hendak dinormalisasikan, maka itulah perbatasan simpati (daripada) umat Islam.
Dr Yasir Qadhi berkata, ”jika kamu berbangga tidak mentaati Allah, bagaimana caranya kami hendak berbangga dengan kamu sebagai saudara kami (dalam Islam)?
“(Mereka) yang bergelut dalam hubungan sejenis, kita katakan kepada mereka, saya katakan kepada kamu, tiada kurangnya (diri) kamu dari sudut kemanusiaan atau keislaman.
“Dan seandainya kamu berdosa, minta kepada Allah supaya kamu diampuni, jangan umumkan (dosa itu), (dan) jangan jadikan ia (satu perkara) ‘biasa’, jangan dibanggakan (perasaan songsang itu).
“Selama mana ia rahsia di antara kamu dengan Allah, dan sedar kamu salah (dalam hal itu), Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang,” katanya dalam khutbah berdurasi lebih 45 minit bertajuk Why Muslims Don’t Celebrate Pride Month: Islam’s Stance on Sexuality (For Teenagers) disiarkan dalam saluran Youtube beliau.
Dr Yasir Qadhi turut menekankan bahawa Muslim yang ingin kembali kepada Allah mesti tahu kesan berbeza seandainya sesuatu dosa itu tidak ditampilkan, berbanding dosa yang dilakukan secara terang-terangan untuk dipromosikan.
“Tetapi bila kamu menormalisasikannya, bila kamu sengaja mencemuh dan banggakan dosa kamu, kamu menghilangkan potensi (diri) menjadi seorang pendosa yang baik serta (jatuh) menjadi seseorang yang menolak dan (sengaja) mencemuh syariah, dan itulah saatnya kamu tidak mendapat simpati kami,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube Yasir Qadhi
View this post on Instagram