Terkini
Isu hak pemain ragbi ‘dirompak’: MSS bukan di bawah KBS – Hannah Yeoh
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebaliknya di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebaliknya di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata kementeriannya hanya bertanggungjawab ke atas Majlis Sukan Negeri dan tidak boleh mengulas mengenai isu berkaitan MSS yang berada di bawah bidang kuasa KPM.
- Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak profesional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Ragbi MSS Selangor (kategori Cup) antara Petaling Utama (PU) dan Hulu Selangor (HUSEL) yang dimuktamadkan pengadil pada Rabu lalu.
KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebaliknya di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata kementeriannya hanya bertanggungjawab ke atas Majlis Sukan Negeri dan tidak boleh mengulas mengenai isu berkaitan MSS yang berada di bawah bidang kuasa KPM.
“Yang itu (isu membabitkan MSS Selangor) di bawah Kementerian Pendidikan,” kata Hannah kepada The Merdeka Times selepas program Meet and Greet calon Pakatan Harapan DUN Balakong di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn di Bangi dekat sini semalam.
Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai isu hak pemain ragbi ‘dirompak’ di Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor sebelum ini.
Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak profesional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Ragbi MSS Selangor (kategori Cup) antara Petaling Utama (PU) dan Hulu Selangor (HUSEL) yang dimuktamadkan pengadil pada Rabu lalu.
Perkara itu didedahkan aktivis masyarakat, Firdaus Wong Wai Hung dalam Facebooknya, yang berkongsi pengalamannya menonton kejohanan itu yang pada awalnya berakhir dengan keputusan berpihak kepada kumpulan PU dengan mata skor PU 19 – HUSEL 18.
The Merdeka Times masih belum mendapat maklum balas daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor selaku penganjur acara itu. – The Merdeka Times
