Connect with us

Terkini

Isu Ambalat : Dokumen perjanjian wajar dinyahklasifikasikan, elak spekulasi – Pakar

Perjanjian persempadanan maritim antara Indonesia dan Malaysia yang ditandatangani bulan lalu, tidak membabitkan blok Ambalat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu Ambalat : Dokumen perjanjian wajar dinyahklasifikasikan, elak spekulasi - Pakar
Foto: Pakar undang-undang maritim antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli.
  • Perjanjian persempadanan maritim antara Indonesia dan Malaysia yang ditandatangani bulan lalu, tidak membabitkan blok Ambalat.
  • Pakar undang-undang maritim antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, berkata perjanjian itu hanya membabitkan kawasan laut wilayah di Laut Sulawesi.
  • Katanya, blok Ambalat membabitkan pelantar benua yang bukan sebahagian dari zon wilayah laut di Laut Sulawesi.
  • “Bagaimanapun, bagi mengelakkan spekulasi dan kegusaran kerana perjanjian ini membabitkan kedaulatan negara, adalah wajar untuk dokumen perjanjian itu dinyahklasifikasikan,” katanya.
  • Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham, tuding-menuding berkaitan isu hak dan sempadan negara, adalah penting untuk mendedahkan dokumen perjanjian yang ditandatangani.

KUALA LUMPUR: Perjanjian persempadanan maritim antara Indonesia dan Malaysia yang ditandatangani bulan lalu, tidak membabitkan blok Ambalat.

Sebaliknya, pakar undang-undang maritim antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, berkata perjanjian itu hanya membabitkan kawasan laut wilayah di Laut Sulawesi.

Katanya, blok Ambalat membabitkan pelantar benua yang bukan sebahagian dari zon wilayah laut di Laut Sulawesi.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan spekulasi dan kegusaran kerana perjanjian ini membabitkan kedaulatan negara, adalah wajar untuk dokumen perjanjian itu dinyahklasifikasikan.

“Namun pada masa yang sama, mungkin ada sebab kenapa kerajaan merahsiakan apa yang sedang dirundingkan untuk blok Ambalat,” katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee supaya Kerajaan Persekutuan menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu.

Katanya, pendedahan perjanjian itu dapat menoktahkan spekulasi dan kebimbangan rakyat berhubung sempadan laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi, seperti yang dikatakan kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham, tuding-menuding berkaitan isu hak dan sempadan negara, adalah penting untuk mendedahkan dokumen perjanjian yang ditandatangani.

Katanya, permintaan pelbagai pihak terutamanya pemimpin Sabah demi kepentingan awam adalah amat wajar dan perlu disegerakan.

“Ini bukan isu politik, ini adalah isu kedaulatan negara. Malah, sebarang pertikaian membabitkan hak Malaysia, jika tidak dapat diselesaikan, boleh dibawa untuk diselesaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *