Antarabangsa
Ideologi jantina bahaya kepada kanak-kanak – bekas pempengaruh transgender
Bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London memberi amaran risiko bahaya jika membiarkan kanak-kanak terhadap ideologi pengesahan jantina.

- Bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London memberi amaran risiko bahaya jika membiarkan kanak-kanak terhadap ideologi pengesahan jantina.
- London memberitahu Fox News pada Khamis bahawa kanak-kanak tidak dapat memahami kesan jangka panjang apabila menjalani rawatan itu.
- Dalam bidang akademik, beliau dan hos bersama Carley Shimkus membincangkan pendirian Diane Ehrensaft, seorang pengarah kesihatan mental dan ketua psikologi di USCF Hospital Kanak-Kanak Benioff yang berpendapat kanak-kanak boleh dikenali sebagai “gender hybrids” seperti minotaur (makhluk berkepala kerbau) dan prius.
- Ehrensaft berkata demikian atas perbualannya dengan budak tujuh tahun yang mempercayai dirinya kelihatan seperti seorang lelaki di bahagian depan dan seperti perempuan di bahagian belakang, jelas London.
- “Sekarang kita memberitahu kanak untuk menjadi minotaur dan meletakkan tanduk kepada mereka. Ini benar-benar gila,” kata London.
Bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London memberi amaran risiko bahaya jika membiarkan kanak-kanak terhadap ideologi pengesahan jantina.
London memberitahu Fox News pada Khamis bahawa kanak-kanak tidak dapat memahami kesan jangka panjang apabila menjalani rawatan itu.
“Saya pernah melalui proses peralihan jantina dan bergelut dengan identiti jantina dan kini saya benar-benar menyaksikan apa yang berlaku sekarang,” katanya dalam program ‘Fox & Friends First’.
London, yang mengubah jantina tahun lalu selepas mengenal pasti dirinya sebagai wanita trans selama enam bulan, kini bertindak sebagai aktivis menentang ideologi itu.
Beliau juga mengecam syarikat Bud Light and Target kerana mempromosikan agenda yang dilihatnya berbahaya dan menyinggung perasaan pengguna.
Dalam bidang akademik, beliau dan hos bersama Carley Shimkus membincangkan pendirian Diane Ehrensaft, seorang pengarah kesihatan mental dan ketua psikologi di USCF Hospital Kanak-Kanak Benioff yang berpendapat kanak-kanak boleh dikenali sebagai “gender hybrids” seperti minotaur (makhluk berkepala kerbau) dan prius.
Ehrensaft berkata demikian atas perbualannya dengan budak tujuh tahun yang mempercayai dirinya kelihatan seperti seorang lelaki di bahagian depan dan seperti perempuan di bahagian belakang, jelas London.
“Sekarang kita memberitahu kanak untuk menjadi minotaur dan meletakkan tanduk kepada mereka. Ini benar-benar gila,” kata London.
Fox News Digital menghubungi Ehrensaft dan hospital kanak-kanak itu untuk mendapatkan komen tetapi tidak berjaya.
London juga menyampaikan kesedihannya tentang kurikulum sekolah yang secara diam-diam mengajarkan konsep transgender itu kepada kanak-kanak tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Sumber: Fox News
