Connect with us

Antarabangsa

Guru di Indonesia cukur 14 rambut pelajar perempuan

Seorang guru di sebuah sekolah di Jawa Timur, Indonesia dikatakan mencukur sebahagian rambut pelajar perempuan kerana tidak memakai tudung secara betul.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guru di Indonesia cukur 14 rambut pelajar perempuan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang guru di sebuah sekolah di Jawa Timur, Indonesia dikatakan mencukur sebahagian rambut pelajar perempuan kerana tidak memakai tudung secara betul.
  • Guru di SMPN 1, di bandar Lamongan Jawa Timur itu dikatakan bertindak mencukur rambut 14 pelajar sekolah berkenaan.
  • Semua pelajar perempuan itu dikatakan tidak memakai anak tudung sehingga menampakkan rambut.
  • Penyelidik Indonesia di Human Rights Watch, Andreas Harsono, dalam satu kenyataan, berkata kes Lamongan mungkin adalah yang paling menakutkan pernah berlaku di Indonesia.
  • “Pejabat pendidikan di Lamongan perlu memberi hukuman kepada guru ini, sekurang-kurangnya memecatnya dari sekolah dan menugaskan pakar psikologi untuk menangani trauma di kalangan mangsa,” katanya.

JAKARTA: Seorang guru di sebuah sekolah di Jawa Timur, Indonesia dikatakan mencukur sebahagian rambut pelajar perempuan kerana tidak memakai tudung secara betul.

Guru di SMPN 1, di bandar Lamongan Jawa Timur itu dikatakan bertindak mencukur rambut 14 pelajar sekolah berkenaan.

Guru Besar, Harto, berkata pihak sekolah memohon maaf dan guru berkenaan sudah digantung tugas.

Semua pelajar perempuan itu dikatakan tidak memakai anak tudung sehingga menampakkan rambut.

“Tiada kewajipan bagi pelajar perempuan untuk memakai tudung, tetapi mereka dinasihatkan untuk memakai anak tudung untuk kelihatan kemas.

“Kami memohon maaf kepada ibu bapa dan selepas sesi medasi, kami berjaya mencapai persefahaman,” katanya.

Pihak sekolah berjanji akan memberikan bantuan psikologi kepada pelajar, katanya.

Kumpulan hak asasi manusia menggesa guru itu dipecat.

Penyelidik Indonesia di Human Rights Watch, Andreas Harsono, dalam satu kenyataan, berkata kes Lamongan mungkin adalah yang paling menakutkan pernah berlaku di Indonesia.

“Tiada guru yang memotong rambut pelajar mereka yang pernah dikenakan hukuman. 

“Pejabat pendidikan di Lamongan perlu memberi hukuman kepada guru ini, sekurang-kurangnya memecatnya dari sekolah dan menugaskan pakar psikologi untuk menangani trauma di kalangan mangsa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *