Connect with us

Terkini

GEG dikhuatiri sebabkan jualan rokok haram berleluasa, gagal dikawal – Wan Saiful

Kerajaan perlu mengkaji semula keputusan melaksanakan Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau bagi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG).

Wartawan TMT

Published

on

GEG dikhuatiri sebabkan jualan rokok haram berleluasa, gagal dikawal - Wan Saiful
Foto: Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan
  • Kerajaan perlu mengkaji semula keputusan melaksanakan Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau bagi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG).
  • Pelaksanaan tersebut dikhuatiri menyebabkan kegagalan untuk mengawal penyeludupan rokok haram yang berleluasa, di mana kini sudah berada pada kadar 55 hingga 60 peratus dalam pasaran negara ini.
  • Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pendekatan pandangan sempit berhubung larangan merokok secara drastik tidak akan berhasil kerana ia akan mendorong golongan muda bergerak mencari produk tersebut dalam pasaran haram.
  • “Jika kita mula dengan GEG orang akan mula mencari pengganti (rokok) melalui pasaran haram seperti penyeludupan yang akhirnya menyebabkan peningkatan kos rawatan perubatan,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau bagi Kesihatan Awam 2023 atau GEG.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji semula keputusan melaksanakan Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau bagi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG).

Ini kerana, pelaksanaan tersebut dikhuatiri menyebabkan kegagalan untuk mengawal penyeludupan rokok haram yang berleluasa, di mana kini sudah berada pada kadar 55 hingga 60 peratus dalam pasaran negara ini.

Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pendekatan pandangan sempit berhubung larangan merokok secara drastik tidak akan berhasil kerana ia akan mendorong golongan muda bergerak mencari produk tersebut dalam pasaran haram.

“Isu seperti ini sepatutnya tidak diambil sedemikian. Perlu ada penglibatan pemegang taruh yang sewajarnya tentang bagaimana kita boleh menangani ini. Sebenarnya kita patut menambah baik penguatkuasaan dan laksanakan dengan betul.

“Jika kita mula dengan GEG orang akan mula mencari pengganti (rokok) melalui pasaran haram seperti penyeludupan yang akhirnya menyebabkan peningkatan kos rawatan perubatan,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau bagi Kesihatan Awam 2023 atau GEG.

Tambahnya lagi, kerajaan turut perlu memberi kuasa kepada orang ramai untuk menghalang perokok berada berhampiran bagi mengelakkan daripada menjadi perokok pasif yang lebih membahayakan kesihatan.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, kerajaan seharusnya turut mengenakan sekatan sama terhadap pengeluaran gula dan makanan berlemak yang turut mengancam kesihatan serta meningkatkan perbelanjaan rawatan.

“Gula dan makanan berlemak menyebabkan masalah kesihatan ketara, mungkin menyebabkan kematian. Jadi adakah kerajaan akan mengambil jalan mudah melarang produk sedemikian juga?” Soalnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Selangor, Dr. Afif Bahardin memaklumkan, majoriti golongan berpendapatan rendah di kawasannya merokok rokok haram untuk mengurangkan kos dan ia dilakukan secara terbuka.

“Dasar tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan menyukarkan kerajaan untuk menguatkuasakannya. Berapa ramai orang yang akan didenda atau dibawa ke mahkamah?” ujarnya.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menyatakan, mahkamah melihat hak-hak asasi individu.

“Biasanya ia adalah hak untuk hidup, diskriminasi, antara lain. Mahkamah akan menilai sama ada ada diskriminasi kerana sekiranya diluluskan, orang berusia 17 tahun boleh merokok tetapi tidak bagi yang berusia 16 tahun,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending