Terkini
(VIDEO) Dakwaan sogokan ‘beli undi’ di Terengganu, PSM kecewa PM tidak tegur Zahid
Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menegur timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

- Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menegur timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
- Timbalan Pengerusi PSM, S. Arutchelvan berkata rakyat akan lebih menghormati Anwar sekiranya beliau membetulkan perbuatan Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, yang disifatkan sebagai menormalisasikan rasuah.
- “Tetapi Perdana Menteri bila dia cakap itu adalah ok, saya ingat itu tak ok, benda yang tak betul kita cakap tak betul, kalau Anwar cakap itu tak betul, saya ingat lebih ramai orang akan hormati dia lah,” kata Arutchelvan pada sidang media pelancaran manifestonya selaku calon PSM bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada PRN Selangor di bilik gerakan PSM di Taman Sri Jelok di sini, hari ini.
- Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah didakwa memberi sogokan dalam satu majlis dengan mengumumkan peruntukan geran tambahan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk pasukan bermotosikal di negeri berkenaan.
KAJANG – Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menegur timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Timbalan Pengerusi PSM, S. Arutchelvan berkata rakyat akan lebih menghormati Anwar sekiranya beliau membetulkan perbuatan Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, yang disifatkan sebagai menormalisasikan rasuah.
“Saya ingat apa yang Zahid Hamidi cakap memang (satu) kesalahan (dalam) pilihanraya lah, satu corruption, sogokan wang yang saya ingat, semua akan bersetuju (boleh faham dengan mudah perkara itu).
“Saya kecewa (dengan) damage control yang cuba dibuat, bila Perdana Menteri pun sepatutnya call lah Zahid Hamidi; “Woi, jangan lah cakap benda bodoh macam itu kan,” sepatutnya lah.
View this post on Instagram
“Tetapi Perdana Menteri bila dia cakap itu adalah ok, saya ingat itu tak ok, benda yang tak betul kita cakap tak betul, kalau Anwar cakap itu tak betul, saya ingat lebih ramai orang akan hormati dia lah,” kata Arutchelvan pada sidang media pelancaran manifestonya selaku calon PSM bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada PRN Selangor di bilik gerakan PSM di Taman Sri Jelok di sini, hari ini.

Sidang media pelancaran manifesto calon bagi Dewan Undangan Negeri N.25 Kajang di bilik gerakan PSM di Taman Sri Jelok hari ini.
Arutchelvan berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai tindakan Zahid yang dilihat seolah-olah cuba menormalisasikan rasuah dengan ‘membeli undi’ rakyat melalui pemberian bantuan kerajaan di Terengganu sebelum ini.
Arutchelvan yang lebih dikenali dengan dengan panggilan Arul, turut melahirkan kekecewaannya terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang menyifatkan pemberian geran itu bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya SPRM melihat pemberian itu dari kementerian di peringkat Persekutuan.
Arul menyifatkan kenyataan Azam Baki itu menunjukkan SPRM membela parti pemerintah.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah didakwa memberi sogokan dalam satu majlis dengan mengumumkan peruntukan geran tambahan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk pasukan bermotosikal di negeri berkenaan.
Zahid juga dikatakan memberi bayangan PM dijangka mengumumkan bantuan lebih besar dengan syarat rakyat negeri itu menyokong gelombang biru dan gelombang merah, merujuk kepada kerajaan campuran PH-BN. – The Merdeka Times
