Connect with us

Ekonomi

Dakwa PMX tiada hala tuju, Syahir bentang dasar Kestabilan Nasional

Menyifatkan pembentangan Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tiada hala tuju, Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman tampil membentangkan dasar yang disebut beliau sebagai Kestabilan Nasional.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwa PMX tiada hala tuju, Syahir bentang dasar Kestabilan Nasional
Foto: Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman pada sesi Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia.
  • Menyifatkan pembentangan Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tiada hala tuju, Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman tampil membentangkan dasar yang disebut beliau sebagai Kestabilan Nasional.
  • Dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang disiarkan di Astro AWANI dan RTM secara langsung pada Rabu, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dasar itu bertunjangkan empat teras iaitu Keadilan Ekonomi; Kitaran Ekonomi; Kesederhanaan Ekonomi dan Integriti Ekonomi.
  • Tegasnya lagi, Kestabilan Nasional bukan sekadar janji atau slogan, tapi dapat menangani isu-isu yang dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi sejak sekian lamanya.
  • “Maka apabila matlamat jelas, we need stability… bukan seperti Ekonomi MADANI yang mahu menjadikan Malaysia sebagai antara 30 ekonomi terbesar dalam dunia, (kononnya) we want to be among the biggest, but it doesn’t mean the best. We want to be the best, stable… namun apa guna jika kaya itu terus kaya, yang miskin semakin miskin,” katanya.

KUALA LUMPUR – Menyifatkan pembentangan Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tiada hala tuju, Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman tampil membentangkan dasar yang disebut beliau sebagai Kestabilan Nasional.

Dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang disiarkan di Astro AWANI dan RTM secara langsung pada Rabu, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dasar itu bertunjangkan empat teras iaitu Keadilan Ekonomi; Kitaran Ekonomi; Kesederhanaan Ekonomi dan Integriti Ekonomi.

Tegasnya lagi, Kestabilan Nasional bukan sekadar janji atau slogan, tapi dapat menangani isu-isu yang dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi sejak sekian lamanya.

“Dalam keadaan ekonomi negara tak stabil, PM (Anwar) tak stabil, ke hulu ke hilir menaiki helikopter berlagak seperti selebriti, tetapi tiada hala tuju dan tiada legasi. Negara memerlukan kestabilan dan saya meletakkan National Stability sebagai matlamat model baharu ekonomi Malaysia.

“Maka apabila matlamat jelas, we need stability… bukan seperti Ekonomi MADANI yang mahu menjadikan Malaysia sebagai antara 30 ekonomi terbesar dalam dunia, (kononnya) we want to be among the biggest, but it doesn’t mean the best. We want to be the best, stable… namun apa guna jika kaya itu terus kaya, yang miskin semakin miskin,” katanya lagi.

Mengulas mengenai teras pertama iaitu Keadilan Ekonomi, Syahir berkata, kutipan cukai harus bersifat adil kepada semua golongan dan perlu inklusif.

“Peniaga tetapkan harga jualan barangan yang munasabah, rakyat mendapat gaji dan upah (selari) dengan kemahiran dan produktiviti tinggi. Pencukaian tidak harus bersifat menindas, dan tidak counter-productive,” katanya lagi.

Advertisement

Teras kedua yang digariskan beliau iaitu Kitaran Ekonomi, jelas Syahir, akan memberi penekanan kepada usaha untuk merapatkan jurang kekayaan antara masyarakat di bandar dan luar bandar, seperti mana yang dinyatakan dalam laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Syahir optimis ia dapat menyelesaikan isu-isu yang menghambat seperti kronisme, monopoli, Ali Baba, kartel dan permit import (AP) yang dilihat memberi keuntungan kepada sesetengah pihak sahaja.

Sementara mengenai teras Kesederhanaan Ekonomi pula, Syahir menjelaskan, ia dirangka bagi memastikan Kerajaan Persekutuan tidak lagi boros dan membazirkan kewangan negara, yang sebelum ini dilihat mengakibatkan projek-projek terbengkalai dan meningkatkan hutang negara.

Dan teras terakhir iaitu Integriti Ekonomi, kata beliau, merupakan teras yang paling penting iaitu memastikan kerajaan bebas daripada pengaruh pemimpin yang tidak mementingkan tatakelola yang baik dalam pengurusan kewangan.

Sumber: Astro Awani

Author

Ekonomi

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Datuk Marzuki Mohamad (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
  • Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
  • “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
  • Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.

Advertisement

Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.

“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.

“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending