Antarabangsa
Daesh mengaku dalang serangan bom ragut 54 nyawa di Pakistan
Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman bunuh diri di Pakistan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang, termasuk 23 kanak-kanak, pada perhimpunan parti politik menjelang pilihan raya umum (PRU) akhir tahun ini.

- Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman bunuh diri di Pakistan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang, termasuk 23 kanak-kanak, pada perhimpunan parti politik menjelang pilihan raya umum (PRU) akhir tahun ini.
- Letupan itu menimbulkan kebimbangan bahawa Pakistan mungkin berdepan PRU berdarah berikutan kekacauan politik didorong oleh penggulingan Imran Khan sebagai Perdana Menteri pada April tahun lalu.
- Kira-kira 400 ahli parti Jamiat Ulema-e-Islam-F (JUI-F), iaitu rakan gabungan kerajaan yang diketuai ulama radikal terkenal, sedang menunggu untuk ucapan dimulakan apabila seorang pengebom meletupkan jaket dipenuhi bahan letupan berhampiran pentas.
- Serangan itu berlaku di bandar Khar, hanya 45 kilometer (km) dari sempadan Afghanistan, di kawasan di mana kegiatan militan meningkat sejak Taliban menguasai Kabul pada 2021.
- Parlimen berkemungkinan akan dibubarkan selepas menamatkan penggalnya dalam tempoh dua minggu akan datang, dengan PRU akan diadakan pada pertengahan November atau lebih awal.
KHAR – Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman bunuh diri di Pakistan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang, termasuk 23 kanak-kanak, pada perhimpunan parti politik menjelang pilihan raya umum (PRU) akhir tahun ini.
Letupan itu menimbulkan kebimbangan bahawa Pakistan mungkin berdepan PRU berdarah berikutan kekacauan politik didorong oleh penggulingan Imran Khan sebagai Perdana Menteri pada April tahun lalu.
Kira-kira 400 ahli parti Jamiat Ulema-e-Islam-F (JUI-F), iaitu rakan gabungan kerajaan yang diketuai ulama radikal terkenal, sedang menunggu untuk ucapan dimulakan apabila seorang pengebom meletupkan jaket dipenuhi bahan letupan berhampiran pentas.
Pemimpin JUI-F, Fazl-ur-Rehman, memulakan kerjaya politiknya sebagai ulama radikal Islam tetapi pada masa sama, partinya turut menggalakkan dan menerima pakai dasar yang lebih konservatif, malah turut bekerjasama dengan parti saingan berfahaman sekular.
Sebelum ini, beliau pernah menjadi pengantara bagi membantu mengadakan rundingan antara kerajaan dan parti Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) iaitu seteru kepada Daesh.
Pegawai kanan dengan Jabatan Memerangi Keganasan (CTD), Shaukat Abbas, berkata 54 orang terbunuh, termasuk 23 mangsa di bawah umur 18 tahun dan semalam, kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab.
Serangan itu berlaku di bandar Khar, hanya 45 kilometer (km) dari sempadan Afghanistan, di kawasan di mana kegiatan militan meningkat sejak Taliban menguasai Kabul pada 2021.
Parlimen berkemungkinan akan dibubarkan selepas menamatkan penggalnya dalam tempoh dua minggu akan datang, dengan PRU akan diadakan pada pertengahan November atau lebih awal.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa pihak berkuasa Pakistan mencari dalang yang bertanggungjawab merancang serangan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Ribuan orang yang menghadiri upacara pengebumian pertama, termasuk jenazah dua sepupu berusia 16 dan 17 tahun.
Tahun lalu, Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan terhadap ulama Islam yang bergabung dengan JUI-F dan mempunyai rangkaian besar masjid dan sekolah di utara serta barat Pakistan.
Sejadah dan kasut dipenuhi tompokan darah dilihat berselerakan di tapak letupan semalam, bersama bebola besi, skru dan paku yang terkandung dalam jaket pengebom bunuh diri manakala cebisan daging manusia ditemui sejauh 30 meter dari lokasi letupan.
Sumber: Berita Harian
