Connect with us

Terkini

Crackhouse ‘tidak jadi’ cabar tindakan DBKL tarik balik lesen perniagaan

Kelab komedi Crackhouse tidak berhasrat meneruskan proses undang-undang untuk mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa menarik balik lesen perniagaan dan melarang dua pemiliknya mendaftar sebarang perniagaan di sini, seumur hidup.

Wartawan TMT

Published

on

Crackhouse ‘tidak jadi’ cabar tindakan DBKL tarik balik lesen perniagaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kelab komedi Crackhouse tidak berhasrat meneruskan proses undang-undang untuk mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa menarik balik lesen perniagaan dan melarang dua pemiliknya mendaftar sebarang perniagaan di sini, seumur hidup.
  • Mahkamah Tinggi di sini membatalkan permohonan semakan kehakiman dikemukakan dua pemilik kelab itu Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R. Santhiram, tanpa memutuskan perintah terhadap sebarang kos.
  • Hakim Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas peguam M. Pravin memaklumkan kedua-dua anak guamnya menarik balik tindakan undang-undang tersebut.
  • Menurut Pravin, DBKL hanya menarik balik lesen kelab komedi berkenaan bukan menyenarai hitam kedua-dua pemohon daripada mendaftarkan perniagaan mereka di sini.

KUALA LUMPUR: Kelab komedi Crackhouse tidak berhasrat meneruskan proses undang-undang untuk mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa menarik balik lesen perniagaan dan melarang dua pemiliknya mendaftar sebarang perniagaan di sini, seumur hidup.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh dua pemilik kelab itu Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R. Santhiram, tanpa memutuskan perintah terhadap sebarang kos.

Hakim Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas peguam M. Pravin memaklumkan kedua-dua anak guamnya menarik balik tindakan undang-undang tersebut.

Pravin memberitahu, afidavit jawapan yang diterima daripada pihak responden menyebut bahawa Jawatankuasa Pelesenan DBKL tidak pernah mengeluarkan perintah yang menyenarai hitam kedua-duanya daripada menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur.

Menurut Pravin, DBKL hanya menarik balik lesen kelab komedi berkenaan bukan menyenarai hitam kedua-dua pemohon daripada mendaftarkan perniagaan mereka di sini.

“Sehubungan itu, kami menarik balik semakan kehakiman itu tanpa memohon perintah terhadap kos,” ujarnya.

Pada prosiding itu, peguam Khalisa Badrul Amini yang mewakili DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah selaku responden, mengesahkan perkara tersebut. 

Advertisement

Mahkamah dijadualkan mendengar merit permohonan itu hari ini. Kedua-dua pemohon mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman pada 23 Mei lalu.

Dalam semakan kehakiman, kedua-duanya menamakan DBKL, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah; bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden.

Pemohon turut menggugurkan tiga responden yang sebelum ini dinamakan dalam permohonan tersebut iaitu bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, tindakan saman itu tidak melibatkan ketiga-tiga responden kerana keputusan itu dibuat oleh datuk bandar manakala pengumumannya disiarkan melalui akhbar oleh timbalan menteri. 

Dalam semakan kehakiman yang difailkan pada 24 November 2022, mereka memohon perisytiharan bahawa keputusan membatalkan lesen kelab itu adalah menyalahi undang-undang.

Mereka turut memohon perisytiharan bahawa keputusan Jalaluddin dan juga kementerian yang tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup di bawah nama dan syarikat lain, adalah tidak berperlembagaan.

Advertisement

Dalam afidavit sokongan, kedua-duanya berkata, pada 17 Ogos 2022 Jalaluddin mengeluarkan satu kenyataan bahawa Jawatankuasa Pelesenan DBKL telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen kelab komedi itu berkuat kuasa 30 Julai 2022.

Kenyataan itu juga menyebut, pemiliknya disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan perniagaan mereka di ibu kota dan ini telah menjejaskan mereka selaku usahawan. 

Mohamad Rizal dan Shankar yang juga pengasas kelab komedi berkenaan turut mendakwa, mereka tidak pernah menerima sebarang surat atau notis rasmi daripada DBKL mengenai perkara itu.

Pada 21 Julai lalu, Mohamad Rizal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum melalui aplikasi Facebook, tahun lalu.

Hantaran jelik itu dibuat melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022. Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending