Connect with us

Terkini

Bukan tiada pekerjaan, tapi pencari kerja kurang maklumat – Ahmad Samsuri

Kadar pengangguran di Terengganu mencatatkan penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bukan tiada pekerjaan, tapi pencari kerja kurang maklumat - Ahmad Samsuri
Foto: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
  • Kadar pengangguran di Terengganu mencatatkan penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.
  • Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kadar itu bukan sahaja lebih rendah berbanding paras nasional iaitu 3.9 peratus, malah lebih baik ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada November tahun lalu iaitu antara 3.7 peratus hingga 3.9 peratus.
  • Pihaknya sedar ada sebahagian pihak masih mendakwa kononnya kurangnya peluang pekerjaan di negeri ini.
  • “Sebenarnya ia hanyalah persepsi yang lahir daripada pengalaman sesetengah individu. Malah, sebanyak 41,250 kekosongan jawatan aktif pada tahun lalu dan 41,192 kekosongan pada tahun sebelumnya dalam 21 industri.”
  • “Jadi, isu sebenarnya bukanlah kurang peluang pekerjaan, tetapi kurangnya maklumat pekerjaan dalam kalangan pencari kerja,” katanya menerusi ciapan di Facebook beliau.
  • Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri melaksanakan tiga strategi penting menerusi Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) yang turut dianggotai Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

KUALA TERENGGANU: Kadar pengangguran di Terengganu mencatatkan penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kadar itu bukan sahaja lebih rendah berbanding paras nasional iaitu 3.9 peratus, malah lebih baik ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada November tahun lalu iaitu antara 3.7 peratus hingga 3.9 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya sedar ada sebahagian pihak yang masih mendakwa kononnya kurangnya peluang pekerjaan di negeri ini.

“Sebenarnya ia hanyalah persepsi yang lahir daripada pengalaman sesetengah individu. Malah, sebanyak 41,250 kekosongan jawatan aktif pada tahun lalu dan 41,192 kekosongan pada tahun sebelumnya dalam 21 industri.

“Jadi, isu sebenarnya bukanlah kurang peluang pekerjaan, tetapi kurangnya maklumat pekerjaan dalam kalangan pencari kerja,” katanya menerusi ciapan di Facebook beliau.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri melaksanakan tiga strategi penting menerusi Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) yang turut dianggotai Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Beliau berkata, strategi pertama adalah memasarkan maklumat pekerjaan dengan lebih meluas terutamanya kepada pencari kerja graduan dan belia.

“Ini termasuk mendaftarkan pencari kerja dan majikan dalam satu ekosistem iaitu MYFutureJobs, membangunkan Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi (SAMPAI) dan mempergiatkan pengiklanan di media sosial.

“Strategi kedua, menghubungkan pencari kerja dengan pihak industri atau bakal majikan, menganjurkan program pemadanan pekerjaan di peringkat daerah dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain, membuat pemadanan pekerjaan secara bersasar membabitkan majikan tertentu dalam bidang-bidang terpilih seperti tenaga, gentian optik, makanan dan minuman serta khidmat pelanggan,” katanya.

Kata Ahmad Samsuri, manakala strategi ketiga adalah meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehpasaran pencari kerja, mengadakan program ‘career grooming’, membimbing penyediaan resume, membangun kemahiran insani dan kemahiran teknikal yang berkaitan pekerjaan.

Beliau berkata, pada masa sama, menawarkan program kemahiran semula dan tingkatkan kemahiran yang kompetitif di institut latihan bawah kerajaan Terengganu.

“Moving forward’, kita berharap dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi untuk rakyat negeri kita pada masa hadapan.

“Saya tahu cabarannya besar. Namun saya lebih percayakan bakat dan potensi yang ada pada kita semua rakyat Terengganu. Kita akan sampai ke tahap itu nanti, insya-Allah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author