Connect with us

Antarabangsa

Benarkan wanita solat saf lelaki, Indonesia tangkap pendakwah hina agama

Seorang pendakwah ditahan atas tuduhan menghina agama dan membuat ucapan kebencian selepas sekolah pondoknya mencetuskan bantahan kerana membenarkan wanita berkhutbah dan solat dalam saf sama dengan lelaki.

Fariesha Amirnudin

Published

on

Benarkan wanita solat saf lelaki, Indonesia tangkap pendakwah hina agama
Foto: Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Al-Zaytun di Jawa Barat, Panji Gumilang.
  • Seorang pendakwah ditahan atas tuduhan menghina agama dan membuat ucapan kebencian selepas sekolah pondoknya mencetuskan bantahan kerana membenarkan wanita berkhutbah dan solat dalam saf sama dengan lelaki.
  • Sekolah berasrama penuh Al-Zaytun di Jawa Barat berdepan tindak balas kumpulan konservatif yang menuduh pendakwah itu mengikuti versi Islam yang tidak sesuai dengan al-Quran.
  • Pengetua sekolah pondok itu, Panji Gumilang, 77, ditahan pada Rabu selepas disoal siasat, kata jurucakap polis, Ahmad Ramadhan kepada pemberita.
  • Pada akhir April lalu, sekolah itu mencetuskan kekecohan apabila rakaman video di media sosial menunjukkan wanita solat dalam saf yang sama dengan lelaki selain wanita menyampaikan khutbah Jumaat.

JAKARTA – Seorang pendakwah ditahan atas tuduhan menghina agama dan membuat ucapan kebencian selepas sekolah pondoknya mencetuskan bantahan kerana membenarkan wanita berkhutbah dan solat dalam saf sama dengan lelaki.

Sekolah berasrama penuh Al-Zaytun di Jawa Barat berdepan tindak balas kumpulan konservatif yang menuduh pendakwah itu mengikuti versi Islam yang tidak sesuai dengan al-Quran.

Pengetua sekolah pondok itu, Panji Gumilang, 77, ditahan pada Rabu selepas disoal siasat, kata jurucakap polis, Ahmad Ramadhan kepada pemberita.

“Penyiasat mengambil tindakan undang-undang… dan dia ditahan di kemudahan tahanan agensi penyiasatan jenayah selama 20 hari,” katanya dipetik Arab News.

Mengikut pertuduhan itu, Panji berdepan hukuman penjara lima tahun kerana menghina, enam kerana menyebarkan ucapan kebencian dan 10 atas tuduhan menyebarkan berita palsu dan sengaja menimbulkan huru-hara di khalayak ramai.

Pada akhir April lalu, sekolah itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan konservatif dan protes di luar perkarangannya apabila rakaman video di media sosial menunjukkan wanita solat dalam saf yang sama dengan lelaki.

Satu lagi amalan sekolah itu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan wanita memberikan khutbah dalam solat Jumaat, tugas yang biasanya dikhususkan untuk lelaki dalam ajaran Islam.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending