Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi, Mesir dan Iran antara anggota baharu BRICS

Pemimpin-pemimpin BRICS mengumumkan penyertaan “bersejarah” enam negara baharu, ketika blok itu berusaha membentuk semula orde dunia yang diterajui Barat dan mengembangkan pengaruhnya dalam era persaingan strategik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi, Mesir dan Iran antara anggota baharu BRICS
Foto: Pemimpin-pemimpin BRICS.
  • Pemimpin-pemimpin BRICS mengumumkan penyertaan “bersejarah” enam negara baharu, ketika blok itu berusaha membentuk semula orde dunia yang diterajui Barat dan mengembangkan pengaruhnya dalam era persaingan strategik.
  • BRICS – Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan bersetuju dalam sidang kemuncak tahunan mereka untuk menjadikan Argentina, Habysah, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu sebagai ahli penuh mulai 1 Januari.
  • “Perluasan keahlian ini adalah bersejarah,” kata Presiden China Xi Jinping, yang negaranya paling berkuasa dalam kumpulan itu dengan ekonomi besar dan ramai penduduk.
  • “Perluasan itu juga merupakan titik permulaan baharu bagi kerjasama BRICS. Ia akan membawa semangat baharu kepada mekanisme kerjasama BRICS dan mengukuhkan lagi kuasa untuk keamanan dan pembangunan dunia”.
  • Beijing berkempen untuk mengembangkan dan mengukuhkan BRICS dengan pantas sebagai pengimbang kepada dominasi Amerika Syarikat dan Barat dalam hal ehwal dunia, dan desakan untuk menambah keahlian menjadi tajuk utama agenda sidang kemuncak di sini.

JOHANNESBURG, 25 Ogos – Pemimpin-pemimpin BRICS mengumumkan penyertaan “bersejarah” enam negara baharu, ketika blok itu berusaha membentuk semula orde dunia yang diterajui Barat dan mengembangkan pengaruhnya dalam era persaingan strategik.

BRICS –Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan bersetuju dalam sidang kemuncak tahunan mereka untuk menjadikan Argentina, Habysah, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu sebagai ahli penuh mulai 1 Januari.

“Perluasan keahlian ini adalah bersejarah,” kata Presiden China Xi Jinping, yang negaranya paling berkuasa dalam kumpulan itu dengan ekonomi besar dan ramai penduduk.

“Perluasan itu juga merupakan titik permulaan baharu bagi kerjasama BRICS. Ia akan membawa semangat baharu kepada mekanisme kerjasama BRICS dan mengukuhkan lagi kuasa untuk keamanan dan pembangunan dunia”.

Beijing telah berkempen untuk mengembangkan dan mengukuhkan BRICS dengan pantas sebagai pengimbang kepada dominasi Amerika Syarikat dan Barat dalam hal ehwal dunia, dan desakan untuk menambah keahlian menjadi tajuk utama agenda sidang kemuncak di sini.

Perdana Menteri Habsyah, Abiy Ahmed memuji apa yang disebutnya sebagai “saat yang hebat” untuk negaranya, yang kedua paling ramai penduduk di Afrika.

“Faedah keahlian Iran dalam BRICS akan mencipta sejarah, dan membuka lembaran baharu dan langkah yang lebih kukuh ke arah keadilan… dan keamanan berkekalan di pentas antarabangsa,” kata Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Mesir dan UAE juga menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kumpulan yang mewakili berbilion-bilion penduduk di empat benua dan satu perempat daripada kekayaan dunia. -AFP

Sumber: Berita RTM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *