Connect with us

Terkini

Chingay persembahan perarakan rai tarikh lahir dewa-dewa Cina – Firdaus Wong

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
  • Menurut Firdaus Wong, Chingay merupakan persembahan perarakan yang wujud berabad lamanya di Malaysia dan diraikan setiap tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar Cina bersempena meraikan tarikh lahir dewa-dewa Cina.
  • Namun jelasnya, acara Chingay kini semakin berkembang dan tidak hanya sebagai persembahan tradisional. Ia kini turut diserikan dengan akrobatik moden termasuk mengangkat tiang-tiang bendera dengan menggunakan mulut.
  • Firdaus Wong berkata sebagaimana beliau bersangka baik Perdana Menteri sebelum ini tidak diberi info tepat tentang upacara ‘eye-dotting’, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah yang beliau rasa tidak diberi maklumat tepat tentang asal usul Chingay yang mempunyai elemen agama dan khurafat.
  • “Secara peribadi, saya tidak pernah menyertai atau terlibat dalam Chingay atau mana-mana upcara yang mempunyai elemen khurafat.
  • “Untuk memupuk perpaduan dan keharmonian serta toleransi tidak semestinya kita mesti meraikan semua perayaan bersama.Memadailah kita hormat hak satu sama lain untuk meraikan apa yang mahu diraikan tanpa perlu kita perlu terasa andai pihak lain tidak mahu turut serta,” jelasnya.

KUALA LUMPUR — Susulan penglibatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam persembahan perarakan Chingay ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning baru-baru ini, pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung tampil menjelaskan asal usul acara tersebut.

Menurut Firdaus, Chingay merupakan persembahan perarakan yang wujud berabad lamanya di Malaysia dan diraikan setiap tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar Cina bersempena meraikan tarikh lahir dewa-dewa Cina.

Ia juga dikenali sebagai perarakan Dewi Kwan Yin (Goddess of Mercy) yang merupakan kemuncak kepada perayaan Chap Goh Meh. Persembahan Chingay itu dikaitkan dengan acara agama dan budaya tradisi masyarakat etnik Tionghua.

Namun jelasnya, acara Chingay kini semakin berkembang dan tidak hanya sebagai persembahan tradisional. Ia kini turut diserikan dengan akrobatik moden termasuk mengangkat tiang-tiang bendera dengan menggunakan mulut.

“Pesta Perarakan Chingay ini juga disertai kumpulan tarian singa dan naga, persembahan opera Tiong-Hua, tarian-tarian etnik Tiong-Hua, persembahan akrobatik kung-fu, akrobatik kaki-kayu, patung ‘kepala-besar’ yang berwarna-warni, bendera-bendera gergasi setinggi 6m, persembahan Gendang 24 Perayaan, kereta berhias bunga dan tanglung dari pelbagai persatuan dan syarikat-syarikat ternama.

“Masyarakat perlu memahami apabila masyarakat Cina menyebut perkataan 文化 wen hua (budaya), ianya juga boleh merujuk kepada budaya seperti makanan, pakaian, seni tetapi pada masa yang sama kepercayaan dan perayaan yang berasal usul atau mempunyai elemen agama juga dipanggil sebagai 文化 wen hua (budaya) kerana di dalamnya juga terdapat elemen seni, makanan tertentu, pakaian, warna tertentu, ucapan tertentu dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam sesi temubual bersama Sin Chew Daily, Muhammad Sanusi dilapor menggambarkan Chingay sebagai permainan tradisional yang bergantung pada kekuatan fizikal dan senaman yang berupaya membuatkan seseorang berpeluh dengan cepat.

“Terdapat banyak permainan tradisional dalam masyarakat Melayu dan Cina. Saya harap kita tidak akan menimbulkan isu atau konflik melalui interaksi silang budaya,” katanya.

Foto: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam persembahan perarakan Chingay ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning baru-baru ini.

Dalam pada itu, Firdaus Wong berkata sebagaimana beliau bersangka baik Perdana Menteri sebelum ini tidak diberi info tepat tentang upacara ‘eye-dotting’, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah yang beliau rasa tidak diberi maklumat tepat tentang asal usul Chingay yang mempunyai elemen agama dan khurafat.

“Secara peribadi, saya tidak pernah menyertai atau terlibat dalam Chingay atau mana-mana upcara yang mempunyai elemen khurafat.

“Untuk memupuk perpaduan dan keharmonian serta toleransi tidak semestinya kita mesti meraikan semua perayaan bersama. Memadailah kita hormat hak satu sama lain untuk meraikan apa yang mahu diraikan tanpa perlu kita perlu terasa andai pihak lain tidak mahu turut serta.

“Sebagaimana saya tidak pernah melihat mana-mana ahli politik beragama Hindu yang warak akan bersama-sama melapah serta mengedarkan daging lembu ketika musim korban bersama pengundi kawasan mereka, saya percaya begitu juga sebaliknya untuk ahli politik Muslim tidak perlu melakukan sambutan keagamaan masyarakat lain untuk menunjukkan kebersamaan mahupun meraih undi,” kata Firdaus Wong.

Teguran pendakwah itu dilihat mendapat penerimaan yang baik daripada netizen di mana rata-rata antara mereka mengucapkan terima kasih atas penerangan diberi dan menyifatkan nasihat sedemikian adalah perlu kerana adakala ada pihak tidak tahu apa makna disebalik sesuatu upacara atau persembahan.

Malah, ada netizen berpandangan disebabkan situasi sebeginilah kita memerlukan satu garis panduan untuk orang Islam kerana ada banyak perkara kita masih keliru berkenaan antara sambutan budaya dan agama. — The Merdeka Times

Author