Connect with us

Terkini

Akta 3R akan jadi punca rakyat tolak kerajaan 

Akta khusus berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) dilihat sebagai akta yang akan gagal memberikan satu ‘wajah bersih’ kepada Kerajaan Madani.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Akta 3R akan jadi punca rakyat tolak kerajaan
Foto: Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan Muda.
  • Akta khusus berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) dilihat sebagai akta yang akan gagal memberikan satu ‘wajah bersih’ kepada Kerajaan Madani.
  • Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan Muda berkata, akta itu sebaliknya akan membuka ruang untuk kerajaan dikritik, sekaligus menjadi punca rakyat menolak kerajaan hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.
  • “Itulah sikap dan sifat kerajaan sebelum ini yang ketika mana mereka menjadi pembangkang merekalah yang paling kuat mengkritik, memfitnah, mentohmah, mengeji, mencaci dan itulah permainan politik yang telah sebati dengan realiti politik di tanah air kita. 
  • “Bila memperkenalkan akta 3R ini saya melihat kepada satu perkara yang sangat tidak matang dan tidak masak,” katanya menerusi video dimuat naik di TikTok rasmi miliknya.
  • Akta itu juga dilihat sebagai sesuatu yang hanya bersifat sementara untuk PRN sahaja dalam usaha mengekang pembangkang mengkritik kerajaan. 

KUALA LUMPUR — Akta khusus berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) dilihat sebagai akta yang akan gagal memberikan satu ‘wajah bersih’ kepada Kerajaan Madani.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan Muda berkata, akta itu sebaliknya akan membuka ruang untuk kerajaan dikritik, sekaligus menjadi punca rakyat menolak kerajaan hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Beliau berkata akta itu tidak sepatutnya diperkenalkan kerana ia tidak memihak kepada kerajaan hari ini.

“Kalau kita menilai semula sebenarnya akta 3R ini adalah akta yang gagal untuk memberikan satu wajah yang bersih kepada kerajaan. 

“Itulah sikap dan sifat kerajaan sebelum ini yang ketika mana mereka menjadi pembangkang merekalah yang paling kuat mengkritik, memfitnah, mentohmah, mengeji, mencaci dan itulah permainan politik yang telah sebati dengan realiti politik di tanah air kita. 

“Bila memperkenalkan akta 3R ini saya melihat kepada satu perkara yang sangat tidak matang dan tidak masak,” katanya menerusi video dimuat naik di TikTok rasmi miliknya.

Mengulas lanjut, beliau berkata akta itu juga dilihat sebagai sesuatu yang hanya bersifat sementara untuk PRN sahaja dalam usaha mengekang pembangkang mengkritik dan menghina kerajaan. 

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi meneliti dan memperhalusi cadangan mewujudkan akta baharu berkaitan isu 3R di Malaysia.

Langkah itu dikatakan bertujuan menangani pihak yang sengaja mencetuskan provokasi melampau dan kebencian rakyat mengenai isu tersebut. — The Merdeka Times

Sumber : TikTok @fahmi_bazlan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *