Connect with us

Terkini

38 warga Indonesia mengaku bersalah tiada dokumen sah

Seramai 38 warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa.

Wartawan TMT

Published

on

38 warga Indonesia mengaku bersalah tiada dokumen sah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 38 warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa.
  • Berdasarkan pertuduhan, 10 lelaki dan tiga wanita warga negara asing itu didakwa tinggal di Malaysia tanpa mempunyai apa-apa dokumen yang sah untuk masuk dan berada di negara ini.
  • Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di Pantai Sungai Tiang di sini jam 8.30 pagi pada 10 Ogos lalu mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, serta enam sebatan.

TELUK INTAN: Seramai 38 warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Mereka yang terdiri daripada 29 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 21 hingga 47 tahun, membuat pengakuan itu selepas dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret T Ashvinii.

Berdasarkan pertuduhan, 10 lelaki dan tiga wanita warga negara asing itu didakwa tinggal di Malaysia tanpa mempunyai apa-apa dokumen yang sah untuk masuk dan berada di negara ini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di Pantai Sungai Tiang di sini jam 8.30 pagi pada 10 Ogos lalu mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, serta enam sebatan.

Sementara itu, 19 lelaki dan enam wanita warga asing lain didakwa berada di Malaysia dengan memiliki pasport yang sudah tamat tempoh lawatan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan dan Azalea Sharmeen Zaizan, manakala kesemua warga asing tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c), semua 13 tertuduh dipenjara empat bulan dari tarikh tangkapan dengan tambahan 10 pesalah lelaki dikenakan satu sebatan.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) pula, mahkamah menetapkan semua 25 tertuduh dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan.

Pada 10 Ogos lalu, polis menahan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika mereka cuba mereka meninggalkan perairan negara di pesisir Pantai Sungai Tiang, Rungkup, di sini.

Difahamkan, dua lagi warga Indonesia akan dituduh di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada 29 Ogos depan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Pindaan 2007) serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending