Connect with us

Antarabangsa

Wanita Dalit ditemui dalam perigi tidak bernyawa, dirogol dan disimbah asid

Mayat seorang wanita Dalit berusia 18 tahun ditemui di dalam perigi di daerah Karauli di Rajasthan, India pada Khamis lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita Dalit ditemui dalam perigi tidak bernyawa, dirogol dan disimbah asid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mayat seorang wanita Dalit berusia 18 tahun ditemui di dalam perigi di daerah Karauli di Rajasthan, India pada Khamis lalu.
  • Gadis malang kasta Dalit itu dikatakan dirogol dan disimbah asid, demikian lapor Onmanorama.
  • Mangsa merupakan penduduk Mohanpura di kawasan Todabhim dilaporkan hilang pada 12 Julai lalu.
  • Ahli keluarga mendiang menuntut penahanan segera pelaku serta meminta pampasan sebanyak 50 lakh, termasuk peluang kerja di jabatan kerajaan.
  • Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Mayat seorang wanita Dalit berusia 18 tahun ditemui di dalam perigi di daerah Karauli di Rajasthan, India pada Khamis lalu.

Gadis malang kasta Dalit itu dikatakan dirogol dan disimbah asid, demikian lapor Onmanorama.

Mangsa merupakan penduduk Mohanpura di kawasan Todabhim dilaporkan hilang pada 12 Julai lalu.

Menyedari ketiadaannya, ahli keluarga mangsa bertindak membuat laporan kehilangan dan pembunuhannya.

Pemimpin BJP dari blok pembangkang, termasuk Ahli Parlimen Kirodi Lal Meena, serta ahli keluarga mangsa mengadakan pertemuan dengan cara duduk protes bersama di luar hospital tempat mayat wanita itu ditahan untuk bedah siasat.

Ada dakwaan menyebut penggunaan asid bertujuan untuk menyembunyikan identiti gadis itu.

Menurut laporan Swarajyamag, Kirodi mendakwa polis cuai dalam mengendalikan kes tragedi malang itu.

Kirodi berkata pihak polis sepatutnya memanggil kumpulan FSL (Forensic Science Laboratory) di lokasi jenayah tetapi malangnya mereka telah bertindak menghantar mayat ke pusat kesihatan setempat.

Ahli keluarga mendiang menuntut penahanan segera pelaku serta meminta pampasan sebanyak 50 lakh termasuk peluang kerja di jabatan kerajaan.

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber: Onmanorama, Swarajyamag

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *