Connect with us

Antarabangsa

Universiti Tehran batalkan pameran foto atas peraturan hijab

Pihak berkuasa di Universiti Seni Tehran membatalkan pameran fotografi pelajar yang akan memaparkan imej wanita tanpa hijab.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Universiti Tehran batalkan pameran foto atas peraturan hijab
Foto: Pelajar telah mengadakan protes di Universiti Seni Tehran sejak 14 Jun atas desakan pentadbiran universiti dan kakitangan keselamatan supaya pelajar wanita mematuhi peraturan berpakaian ketat Republik Islam.
  • Pihak berkuasa di Universiti Seni Tehran membatalkan pameran fotografi pelajar yang akan memaparkan imej wanita tanpa hijab.
  • Memetik kenyataan anggota keselamatan universiti, pelajar berkata karya seni itu tidak akan dipamerkan melainkan gambar yang menunjukkan kulit dan wajah wanita diketepikan dari pameran seni itu.
  • Pelajar turut mengadakan bantahan di Universiti Seni Tehran sejak 14 Jun lalu atas desakan pentadbiran universiti dan anggota keselamatan supaya pelajar wanita mematuhi peraturan berpakaian di Republik Islam itu.

Pihak berkuasa di Universiti Seni Tehran membatalkan pameran fotografi pelajar yang akan memaparkan imej wanita tanpa hijab.

Memetik kenyataan anggota keselamatan universiti, pelajar berkata karya seni itu tidak akan dipamerkan melainkan gambar yang menunjukkan kulit dan wajah wanita diketepikan dari pameran seni itu.

Portal Iran Wire melaporkan pelajar turut mengadakan bantahan di Universiti Seni Tehran sejak 14 Jun lalu atas desakan pentadbiran universiti dan anggota keselamatan supaya pelajar wanita mematuhi peraturan berpakaian di Republik Islam itu.

Pada 17 Jun lalu, lebih 10 pelajar lelaki dan perempuan yang membantah peraturan wajib bertudung di luar kampus universiti itu ditangkap dan dibawa ke lokasi tidak didedahkan.

Dalam tindakan menentang ideologi dan undang-undang Republik Islam Iran, semakin ramai wanita tampil di khalayak tanpa berhijab sejak protes di seluruh negara tercetus pada September tahun lalu.

Beberapa wanita ingkar terhadap peraturan itu ditangkap, disaman pihak berkuasa dan menghadapi kes undang-undang, manakala ratusan perniagaan kecil dan pusat beli-belah ditutup kerana didakwa gagal menguatkuasakan peraturan hijab ke atas pelanggan mereka. 

Pemandu teksi juga didenda kerana membawa wanita tanpa tudung, manakala polis dan sukarelawan juga mengeluarkan amaran di kereta api bawah tanah, lapangan terbang dan tempat awam lain.

Sumber: Iran Wire

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *