Connect with us

Antarabangsa

UK kemungkinan dilanda kepanasan melampau – Pakar Iklim

United Kingdom (UK) berkemungkinan besar dilanda kepanasan melampau dengan bacaan suhu melebihi 40 darjah Celsius akibat perubahan iklim, ramal pakar iklim negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UK kemungkinan dilanda kepanasan melampau – Pakar Iklim
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • United Kingdom (UK) berkemungkinan besar dilanda kepanasan melampau dengan bacaan suhu melebihi 40 darjah Celsius akibat perubahan iklim, ramal pakar iklim negara itu.
  • Agensi cuaca negara itu akan menerbitkan laporan Iklim UK untuk 2022, yang mencatatkan suhu lebih 40 darjah Celsius buat kali pertama termasuk kebakaran hutan dan jumlah rekod kematian berkait haba.
  • Ia berlaku ketika musim panas melampau melanda Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan Asia selepas setahun kemudian.
  • Untuk itu, pakar iklim mengingatkan bahawa suhu panas mencecah 40 darjah Celsius yang direkodkan tahun lalu tidak akan berlaku tanpa perubahan iklim.
  • Britain dilihat kurang bersedia untuk berdepan segala kemungkinan kejadian cuaca ekstrim yang semakin meningkat.

LONDON: United Kingdom (UK) berkemungkinan besar dilanda kepanasan melampau dengan bacaan suhu melebihi 40 darjah Celsius akibat perubahan iklim, ramal pakar iklim negara itu.

Agensi cuaca negara itu akan menerbitkan laporan Iklim UK untuk 2022, yang mencatatkan suhu lebih 40 darjah Celsius buat kali pertama termasuk kebakaran hutan dan jumlah rekod kematian berkait haba.

Ia berlaku ketika musim panas melampau melanda Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan Asia selepas setahun kemudian.

Untuk itu, pakar iklim mengingatkan bahawa suhu panas mencecah 40 darjah Celsius yang direkodkan tahun lalu tidak akan berlaku tanpa perubahan iklim.

Britain dilihat kurang bersedia untuk berdepan segala kemungkinan kejadian cuaca ekstrim yang semakin meningkat.

Oli Claydon dari Pejabat Meteorologi UK berkata, suhu 40 darjah Celsius yang menjadi detik penting negara itu masih dilihat sebagai peristiwa cuaca ekstrim, tetapi ia berkemungkinan besar akan berlaku beberapa tahun akan datang.

“Adalah jelas bahawa iklim mungkin mencapai suhu 40 darjah Celsius di UK sekarang, seperti yang kita lihat di beberapa stesen pada Julai tahun lalu.

“Kemungkinan untuk melepasinya di suatu tempat di UK pada tahun tertentu kini meningkat disebabkan oleh perubahan iklim, berpunca oleh manusia sendiri,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *