Terkini
Tun M, Guan Eng, Hadi antara disiasat terpalit isu 3R
Sebanyak 61 kertas siasatan dibuka setakat ini melibatkan isu menghina raja, agama dan kaum (3R) sejak 27 Mac lalu.
- Sebanyak 61 kertas siasatan dibuka setakat ini melibatkan isu menghina raja, agama dan kaum (3R) sejak 27 Mac lalu.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua siasatan tersebut turut membabitkan ahli politik, bekas ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
- “Berdasarkan siasatan, kita mendapati terdapat beberapa kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menjurus kepada kesalahan 3R.
- “Bagaimanapun, ia bergantung kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
PETALING JAYA: Sebanyak 61 kertas siasatan dibuka setakat ini melibatkan isu menghina raja, agama dan kaum (3R) sejak 27 Mac lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua siasatan tersebut turut membabitkan ahli politik, bekas ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Berdasarkan siasatan, kita mendapati terdapat beberapa kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menjurus kepada kesalahan 3R.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Dalam pada itu, Razarudin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Bagan di Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, hari ini berkaitan dakwaan ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.
“Kita juga akan merakam kenyataan Abdul Hadi di pejabatnya di Kuala Lumpur, hari ini,” katanya.
Ahad lalu, polis mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi berkaitan kenyataan yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.
Kenyataan tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran dalam Facebook Abdul Hadi dimuat naik pada 8 Julai lalu turut diulas serta diterbitkan oleh portal berita New Straits Times.
Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 Komunikasi dan Multimedia 1998,”
Selain itu, Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya turut menyiasat kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.
“Siasatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.- UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia