Connect with us

Terkini

Tulisan Jawi mampu jadi tarikan di acara permotoran dunia

Seni kaligrafi dalam tulisan Jawi hasil karya anak tempatan Wan Khairul Azhar menjadi tumpuan pada penganjuran Art of Speed di MAEPS Serdang pada 29 Julai dan 30 Julai lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tulisan Jawi mampu jadi tarikan di acara permotoran dunia
Foto: Antara produk yang menggunakan tulisan jawi dalam penganjuran Art of Speed, MAEPS Serdang.
  • Seni kaligrafi dalam tulisan Jawi hasil karya anak tempatan Wan Khairul Azhar menjadi tumpuan pada penganjuran Art of Speed di MAEPS Serdang pada 29 Julai dan 30 Julai lalu.
  • Pemilik World Throttle Full (WTF) yang turut mesra dengan panggilan “Jaa Are” itu berkata sejak ditubuhkan pada 2010, dia telah menyertai beberapa penganjuran peringkat Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.
  • “Jarang kita nampak tulisan Jawi pada produk-produk pameran autoshow seperti pada pakaian, barang cenderahati dan banyak lagi produk permotoran, sebab itu saya mahu ketengahkan tulisan jawi ini untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
  • “Biar orang Jepun, Eropah kenal tulisan Jawi kita, ini adalah usaha untuk mengetengahkan seni khat ini kepada dunia dan kita sebagai orang Melayu patut bangga dengan seni khat kita ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

SERDANG – Seni kaligrafi dalam tulisan Jawi hasil karya anak tempatan Wan Khairul Azhar menjadi tumpuan pada penganjuran Art of Speed di MAEPS Serdang pada 29 Julai dan 30 Julai lalu.

Pemilik World Throttle Full (WTF) yang turut mesra dengan panggilan “Jaa Are” itu berkata sejak ditubuhkan pada 2010, dia telah menyertai beberapa penganjuran peringkat Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.

“Jarang kita nampak tulisan Jawi pada produk-produk pameran autoshow seperti pada pakaian, barang cenderahati dan banyak lagi produk permotoran, sebab itu saya mahu ketengahkan tulisan jawi ini untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Biar orang Jepun, Eropah kenal tulisan Jawi kita, ini adalah usaha untuk mengetengahkan seni khat ini kepada dunia dan kita sebagai orang Melayu patut bangga dengan seni khat kita ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Menurutnya dia menyimpan hasrat untuk mempamerkan seni khat hasil rekaannya di salah satu acara permotoran di negara matahari terbit tahun ini.

“Kalau kat acara permotoran kita nampak tulisan Jepun, kita mahu tulisan Jawi pun sama-sama seni kaligrafi lain,” katanya.

Jaa Are menjual baju yang menggunakan tulisan khat untuk beberapa acara permotoran seperti Terengganu Bike Week.

Selain itu dia juga turut menyertai pameran permotoran di Burapa Bike Week, Phuket Bike Week selain beberapa acara permotoran di Indonesia. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *