Connect with us

Terkini

The 1975 batalkan persembahan di Indonesia, Taiwan susulan kontroversi di Malaysia

Kumpulan The 1975 telah membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia sehari selepas aksi dan kenyataan kontroversi mereka dalam satu festival muzik di Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

The 1975 batalkan persembahan di Indonesia, Taiwan susulan kontroversi di Malaysia
Foto: Kumpulan The 1975 yang membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia.
  • Kumpulan The 1975 membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia sehari selepas aksi dan kenyataan kontroversi mereka dalam festival muzik di Malaysia.
  • Kumpulan British The 1957 itu mengatakan adalah mustahil untuk mereka meneruskan persembahan di Indonesia dan Taiwan susulan situasi semasa. 
  • Malaysia pada Sabtu mengarahkan penganjuran festival muzik di Kuala Lumpur itu dibatalkan selepas vokalis kumpulan berkenaan, Matt Healy, bertindak mencium rakan sejantina yang juga gitaris kumpulan di atas pentas.
  • Kejadian berlaku pada hari pertama festival itu menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk kalangan peminat kumpulan itu sendiri.

KUALA LUMPUR: Kumpulan The 1975 telah membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia sehari selepas aksi dan kenyataan kontroversi mereka dalam satu festival muzik di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan The 1975 sendiri menerusi kenyataan rasmi di akaun @WeTheFest dan @LiveNationTW pada Sabtu malam.

“Kumpulan ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan secara mudah kerana sudah lama tidak sabar untuk bermain untuk peminat di Jakarta dan Taipei.

“Malangnya, ekoran situasi semasa, adalah mustahil untuk meneruskan rancangan yang dijadualkan,” kata kumpulan pop rock British itu dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.

Malaysia pada Sabtu mengarahkan penganjuran festival muzik di Kuala Lumpur itu dibatalkan selepas vokalis kumpulan berkenaan, Matt Healy, bertindak mencium rakan sejantina yang juga gitaris kumpulan di atas pentas.

Bukan itu sahaja, Healy turut memegang botol arak di atas pentas selain membuat kenyataan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kejadian yang berlaku pada hari pertama festival itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk kalangan peminat kumpulan itu sendiri.

Difahamkan, The 1975 dijadualkan membuat persembahan hari ini (Ahad) di Jakarta manakala di Taiwan pada 25 Julai (Selasa).

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *