Antarabangsa
Taliban gantung semua aktiviti Sweden di Afghanistan ekoran insiden bakar al-Quran
Taliban pada Selasa mengarahkan penggantungan semua aktiviti Sweden di Afghanistan kerana insiden pembakaran kitab suci umat Islam, al-Quran pada protes di Sweden bulan lalu.
- Taliban pada Selasa mengarahkan penggantungan semua aktiviti Sweden di Afghanistan kerana insiden pembakaran kitab suci umat Islam, al-Quran pada protes di Sweden bulan lalu.
- Menurut laporan VOA News, reaksi itu muncul selepas pertubuhan kerjasama Islam antara kerajaan menekankan keperluan mengambil langkah-langkah mencegah penodaan al-Quran pada masa hadapan.
- “Emiriah Islam menggantung aktiviti Sweden di Afghanistan kerana memberi kebenaran untuk menghina al-Quran dan agama Islam,” kata Taliban menggunakan nama rasmi kerajaan mereka di Kabul.
Taliban pada Selasa mengarahkan penggantungan semua aktiviti Sweden di Afghanistan kerana insiden pembakaran kitab suci umat Islam, al-Quran pada protes di Sweden bulan lalu.
Kementerian Luar Sweden dilapor mengecam tindakan ‘Islamofobia’ itu, namun menyatakan Sweden juga mempunyai “hak dilindungi Perlembagaan untuk kebebasan berhimpun, bersuara dan berdemonstrasi”.
Menurut laporan VOA News, reaksi itu muncul selepas pertubuhan kerjasama Islam antara kerajaan menekankan keperluan mengambil langkah-langkah mencegah penodaan al-Quran pada masa hadapan.
Pada 28 Jun lalu, seorang warga Iraq di ibu negara Sweden, Stockholm, mengoyak dan membakar mushaf al-Quran di luar masjid ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha di seluruh dunia.
Insiden itu kemudiannya mencetuskan kemarahan dan kecaman keras di negara-negara Islam.
“Emiriah Islam menggantung aktiviti Sweden di Afghanistan kerana memberi kebenaran untuk menghina al-Quran dan agama Islam,” kata Taliban menggunakan nama rasmi kerajaan mereka di Kabul.
Menurut kenyataan itu, perintah itu akan kekal berkuat kuasa “sehingga mereka (Sweden) meminta maaf kepada umat Islam atas perbuatan keji itu”.
Emiriah Islam Afghanistan turut menyeru negara Islam lain untuk “mempertimbangkan semula” hubungan mereka dengan kerajaan Sweden atas tindakan ‘menghina’ umat Islam itu.
Sumber: VOA News